Rabu, 15 Disember 2021

PENG ANAL SALAH LAGI



Lebih relevan jika 

Amanah bergabung

 dengan DAP, 

kata penganalisis

Cadangan untuk menggabungkan Amanah dan PKR tidak akan berjaya menarik undi Melayu menyokong Pakatan Harapan (PH), sebaliknya parti serpihan PAS itu akan memberikan impak yang lebih besar sekiranya bergabung dengan DAP, kata penganalisis.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, PKR sudah mempunyai elemen Melayu dan Islam menerusi beberapa pemimpin utama mereka.

Katanya, dengan kemasukan pemimpin Amanah, kebimbangan orang Melayu kepada DAP akan berkurangan.

“DAP boleh beri ruang timbalan atau naib-naib presiden kepada Amanah, selain majlis tertinggi mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Sekiranya terjadi, ia dapat mencairkan ‘kecinaan’ DAP yang sering menjadi sasaran persepsi dan manipulasi propaganda musuh politik mereka.”

Cadangan itu senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu yang mahu parti majoriti Cina itu bergabung dengan parti lain untuk menjadi parti yang mewakili kepelbagaian kaum.

Terbaru, beliau berkata parti itu perlu dijenamakan semula bagi membuang imej Cina DAP.

Cadangan gabungan antara PKR dan Amanah ditimbulkan selepas kekalahan memalukan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November selepas BN membentuk kerajaan negeri dengan dua pertiga majoriti daripada 38 kerusi yang dipertandingkan.

PKR tidak memenangi sebarang kerusi, manakala DAP menyaksikan pengurangan kerusi yang disandang wakil mereka.

Beberapa pemerhati menyatakan kekalahan itu akibat kegagalan PH menarik undi orang Melayu, justeru cadangan menggabungkan PKR dan Amanah bertujuan untuk menarik undi kaum terbesar Malaysia itu.

Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan untuk kebaikan kedua-dua parti itu boleh dilaksanakan namun perlu dibincangkan terlebih dahulu, manakala kepimpinan Amanah menolak sama sekali cadangan itu.

Amanah ditubuhkan pada 2015 oleh beberapa bekas pimpinan PAS yang tewas pada pemilihan parti pada tahun yang sama.

Parti itu, yang menjadi sebahagian daripada PH ketika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tiga tahun dengan menggunakan jenama Islam progresif sebagai ideologinya.

Menurut Awang Azman, masyarakat kelas menengah melihat imej DAP yang tebal dengan kecinaan itu perlu dicairkan, dan membuktikan bahawa parti itu mewakili semua rakyat Malaysia.

Amanah akan ‘tenggelam’

Bagaimanapun, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Ahmad Marthada Mohamed berkata gabungan antara Amanah dan DAP sukar direalisasikan kerana perbezaan ideologi antara kedua-dua parti itu.

“Gabungan itu akan beri imej positif kepada DAP tetapi Amanah akan lari daripada prinsip penubuhan mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya, Amanah tetap perlu memikirkan prospek bergabung dengan parti lain untuk survivalnya.

Dalam konteks undi Melayu, Marthada berkata Amanah tidak berpeluang untuk menang jika Umno, PAS dan Bersatu bergabung pada PRU15 akan datang.

Justeru, katanya, PKR menjadi alternatif yang baik memandangkan parti itu mempunyai sejumlah sokongan daripada pengundi Melayu yang ingin dimenangi oleh Amanah.

“Melihat secara terperinci, Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi. Pengundi-pengundi menyokong PH pada dasarnya, mereka tidak sokong Amanah.”

Mengenai penerimaan masyarakat Cina terhadap DAP sekiranya berjaya bergabung dengan Amanah, Awang Azman berkata kaum itu harus berubah dan menerima realiti kemajmukan Malaysia.

“Meskipun ada peningkatan undi Cina kepada MCA dalam PRN Melaka, hakikatnya masih kurang.

“Masalah PH ialah menyakinkan pengundi Melayu. Hanya 10% undi Melayu sudah memadai untuk PH menang pilihan raya,” katanya.

PENG ANAL SALAH

LAGI 

KAH KAH KAH

GAGAL MENG ANAL

PUNCA

KENAPA PAKATAN

MEROSOT

AMIN

KAJI KEMBALI

KENAPA PAKATAN

RUNTUH

AMIN

PUNCA PENYEBAB

 UTAMA IALAH

ANWAR IBRAHIM 

GILA NAK JADI PM

AMIN

ARAH NIK NAZMI

ARAH LEE KANG

ARAH OTAI

ARAH WILLIAM

ARAH SYED HUSIN

ARAH RAMASAMI

ARAH RONNIE

BIKIN SIBUK

BIKIN KACAU

AMIN

HARI HARI

MINTA MADEY

BERUNDUR 

BELUM PUN TAMAT

 TIGA TAHUN

AMIIN

INI PUNCA 

SEGALA KEMELUT

POLITIK YANG

BERLAKU SEKARANG

AMIN

CARA UNTUK

SELAMATAKAN

PAKATAN HARAPAN

IALAH HANYA SATU

 TERAJANG

ANWAR IBRAHIM

AMIN

BILA DAPAT TELO

DI SARAWAK

KALAU TAK SEDAR

LAGI LEBIH

BAIK PERGI

MAMPOOS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peng anal habis beras saja, bayar gaji pun haprak, peng anal songsang, melayu masuk parti mana pun hanyut dengan skandal rasuah luar tabii, tak layak anal pun, semua malah satu dunia sudah tahu, Bugis masuk rompak Billion, Jawa masuk rompak juta, Panglima masuk rompak lagi, keturunan tak penting tapi tahap integrity dah tak ada, lagi tinggi sekolah lagi kuat rasuah nya, peng anal pun sama, ada peluang rembat jugak kah kah kah Dua Kali Lima sama dengan Lima Kali Dua kah kah kah