Jumaat, 14 Januari 2022

AL-KAWAHLI TERAJANG KEMBALI

 


Khairuddin langgar peraturan parti, kata presiden PAS

PAS menarik balik pelantikan Khairuddin Aman Razali dalam jawatankuasa pusat kerana beliau melanggar peraturan parti, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan kesalahan ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Mestilah ada alasan yang terpulang kepada parti. Mesti banyak alasannya.

“Dalam parti ada disiplin, siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan atau bertugas di tempat lain dan boleh digantung keahlian dan boleh dipecat,” katanya.

Beliau turut mengesahkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan pada Rabu.

Hadi bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada Khairuddin dipecat kerana mengadakan perbincangan tertutup bersama pemimpin parti lain.

Dua hari sebelum mesyuarat jawatankuasa pengurusan itu, Khairuddin difahamkan mengadakan satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno.

Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Khairuddin dilantik ke jawatankuasa itu bersama dua lagi, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Mohd Zuhdi Marzuki pada November lalu selepas tewas dalam pemilihan sewaktu muktamar.

Khairuddin sebelum ini dikaitkan dengan satu rakaman audio mengandungi ucapan yang mengkritik kepemimpinan Hadi selaku presiden parti.

Ucapan itu antara lain membangkitkan kebimbangan mengenai pendirian Hadi dalam isu rundingan kerusi dengan Umno dan Bersatu. – 14 Januari, 2022.    

 

PIKUN TAYA MUN

MINTOM KAPIRRON

AL-AUDI  TERJANG

AL - KAWAHLI

AMIN

LIL MAKLAMUN

PIL KABIRROON

AL-KAWAHLI

TERAJANG BALIK

KAH KAH KAH

LANGGAR GAPO 

LANGGAR BURIT 

BINI SAPO

KAH KAH KAH

KITO SESAMO

BERBINI TIGO

SALAH GAPO

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: