Khamis, 27 Januari 2022

GENERASI MUDA PAKATAN TOLAK ANWAR IBRAHIM

 




Pakatan perlu inklusif, kerjasama parti lain pada PRN Johor, kata Young Syefura

PAKATAN Harapan (PH) perlu bekerjasama dengan parti di luar pakatan itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata wakil rakyat DAP Young Syefura Othman.

Adun Ketari itu memberitahu The Malaysian Insight PH perlu menarik penyertaan Muda dan Warisan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN itu.

“Kita ada hubungan yang baik dengan Muda dan lebih baik berada di bawah satu bumbung, daripada bertanding melawan satu sama lain. Itu akan hanya memberi manfaat kepada musuh kita.

“Tambahan pula dengan Muda, dikenali sebagai parti yang berpaksikan belia, kita boleh mengharapkan undi daripada pengundi muda.

“Begitu juga Warisan, lebih baik untuk mereka ada dengan kita, tetapi terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan,” katanya dalam temu bual bersama InsightTalk.

Pakatan itu gagal pada dua PRN sebelum ini.

Pada PRN Melaka November lalu, BN menyapu  bersih 21 daripada 28 kerusi DUN dan mendapat 38% undi popular.

PH hanya menang lima kerusi, dengan PKR kalah di semua 11 kerusi ditandingi sementara DAP memperoleh empat dan Amanah, satu.

Di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang majoriti, menawan 75 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pada PRN Melaka, keputusan kontroversi membenarkan mereka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka – iaitu bekas ketua menteri Idris Haron dan Noor Azman Hassan daripada Umno sebagai masing-masing calon PKR dan Amanah, menyebabkan kegagalan pakatan itu.

Pada PRN Sarawak, PKR dan DAP dilihat tidak sepakat berhubung pembahagian kerusi dan gagal bekerjasama sepanjang tempoh kempen.

Syefura bagaimanapun menolak cadangan untuk PH bekerjasama dengan PN – yang diterajui Muhyiddin Yassin menerusi partinya, Bersatu.

“Itu saya tidak setuju. Bersatu adalah punca kejatuhan PH dan tindakan belot mereka mencetuskan pelbagai masalah.

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu bekerjasama dengan PN juga untuk menewaskan BN. Saya tidak setuju dengan cadangan itu,” katanya.

Bersatu keluar PH pada 2020 menerusi Langkah Sheraton, menyebabkan kerajaan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad runtuh dalam tempoh hanya 22 bulan.

Bersatu memilih untuk bekerjasama dengan PAS dan Umno dalam usaha untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Umno mendakwa Bersatu cuba menentukan hala tuju parti itu dan memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Muhyiddin kemudian digantikan dengan Ismail Sabri Yaakob, daripada Umno.

PH perlu kekal bertanding guna logo sendiri

Syefura berkata gabungan pembangkang sepatutnya menggunakan logonya, bukannya bertanding guna simbol parti masing-masing.

Katanya, menggunakan satu logo yang sudah dikenali akan menunjukkan kekuatan dan perpaduan.

“Setiap kali ada pilihan raya, ini akan menjadi itu, selain agihan kerusi. Saya bersetuju dengan parti saya untuk menggunakan logo PH.

“Kita perlu meneruskan apa yang dilakukan selama ini dan logo itu antara faktor kemenangan kita. Saya serahkan hal ini kepada kempimpinan parti,” katanya.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata partinya akan menggunakan logo partinya sendiri sekali lagi pada PRN Johor.

DAP dan Amanah akan menggunakan logo PH, kata pengerusi PH itu selepas menghadiri mesyuarat majlis presiden di ibu pejabat PKR.

“Keputusan berkenaan logo dicapai sebulat suara. PKR akan menggunakan logo sendiri sementara yang lain akan menggunakan logo PH,” kata Anwar.

Ini kali kerdua PKR akan menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri selepas kalah semua 28 kerusi ditandingi pada PRN Sarawak bulan lalu.

Menyentuh tentang lompat parti, Syefura mengingatkan PH untuk tidak menerima wakil rakyat lompat parti sebagai bakal calon PRN.

Beliau berkata PH melakukan kesilapan besar dengan menerima bekas pemimpin Umno Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calonnya pada PRN Melaka.

“Saya tidak setuju dengan lompat parti. Itu sebabnya kita perlukan penguatkuasaan undang-undang anti lompat parti.

“Dulu kita buat kesilapan dengan menerima Idris dan individu sepertinya. Tidak bertanggungjawab untuk kita menerima mereka dan wakil rakyat yang diberikan mandat oleh rakyat, kemudian keluar parti, ia sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Idris dan Nor Azman tewas di kerusi yang ditandingi pada PRN Melaka. – 27 Januari, 2022.

ANWAR IBRAHIM

MASIH LAGI

BEBAN KEPADA

PAKATAN

AMIN

ANWAR PUNCA

PAKATAN RUNTUH

AMIN

KALI INI

SEKALI LAGI

BUAT PERANGAI

MAT SONGEL

AMIN 

UNTUK SELAMAT

PAKATAN WAJIB

DIRIKAN BARISAN

BARU

AMIN

KALAU ANWAR

ENGGAN

TINGGALAKAN

KHALAS 

BIARKAN ANWAR

 DAPAT 

TELOR PENYU

 SEKALI LAGI 

DI JOHOR

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mat songel nih sengal kat otak dia...dah telur tembelang kat melaka diikuti sarawak lagi nak main game.....masih tak sedar game dia dah over lama dah menjak 1998 lagi cuma orang orang reformasi belum cukup akal memandang jauh kehadapan....tuh yang kena kelentong ngan mat songel sampai sekarang!

Tanpa Nama berkata...

Ini taraf intelek pemimpin Pakatan Harapan, bincang logo apa yang nak digunakan. Sementara itu, rakyat masih menderita, tak ada kerja, tak ada gaji, takda duit bayar sewa, biayai pelajran anak. Baik Pakatan Harapan jangan buat kacau dalam PRN Johor. Biar orang lain yang betul-betul nak khidmat rakyat dan negeri bertanding.