Rabu, 12 Januari 2022

SABRI 114 - BERANI KE ?

 


PM ada kuasa pecat Azam, kata Pemuda PKR

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa untuk memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, kata Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Ketua Pemuda PKR itu berkata Azam salah apabila mendakwa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya sebagai ketua SPRM.

“Namun, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) Ketua Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.

“Ini bermakna, sebarang keputusan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh dimulakan oleh Perdana Menteri seperti mana berpandukan undang-undang sedia ada hari ini,” katanya.

Awal hari ini Azam menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatannya.

Memandangkan keputusan itu terletak di tangan perdana menteri Akmal berkata sayap pemuda mahu Ismail lebih berani dan bertindak ke atas Azam seperti yang dinyatakan semasa protes konvoi kereta mereka baru-baru ini terhadap ketua SPRM berhubung kontroversinya.

“Beliau sepatutnya lebih proaktif untuk menyelesaikan kemelut ini dengan segera dan seterusnya membuat pindaan undang-undang agar proses perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui proses Parlimen.

“Keengganan kerajaan untuk bertindak dan sebaliknya cuba menegakkan benang yang basah hanya akan terus melemahkan institusi SPRM serta membawa negara ke kancah ‘darurat integriti’ lebih mendalam,” katanya.

Awal hari ini Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha menghantar pekeliling kepada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan kontroversi pemilikan saham korporat Azam. – 12 Januari, 2022.


KUASA MEMANG

ADA

KAH KAH KAH

SOALAN NYA

BERANI KAH

SABRI 114 TOLAL

AZAM BAKI

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

KERUSI SABRI

RAHAI

KAH KAH KAH

SEKARANG

LOKMAN ADAM

OPPS...S ILAP

ADAM BAKI

NYOROK BAWAH

KETIAK AGUNG

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: