Selasa, 11 Januari 2022

TUAN HAJI ABU ZAHAR TARIK TAKUK

 




Abu Zahar akui LPPR tiada kuasa jalankan siasatan

PENGERUSI ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Zahar Ujang hari ini mengakui panel itu tidak ada kuasa untuk menjalankan siasatan salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai agensi anti rasuah.

Beliau berkata LPPR hanya ada bidang kuasa untuk memberikan pandangan dan cadangan berkenaan bagaimana siasatan dilakukan dalam keadaan tertentu selaras dengan peruntukan Akta SPRM seperti dinyatakan mengikut Seksyen 13 (5)(a) Akta 694.

Kenyataan Abu Zahar itu dikeluarkan hari ini susulan kritikan teruk wakil rakyat pembangkang dan kumpulan persatuan sivil yang mempertikaikan kesahan “keputusan” ahli lembaga itu berhubung tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Minggu lalu, Abu Zahar memberitahu media LPPR membersihkan Azam daripada sebarang salah laku berhubung dakwaan pemilikan saham korporat.

Abu Zahar berkata Azam sudah memberikan penjelasan berkenaaan perkara itu.

“Pandangan dan cadangan LPPR itu boleh didapati dengan nyata secara khususnya di muka surat 6 (ii) dan (iii) di sana, yang mana tidak diniatkan mahupun dihasratkan untuk menghalang siasatan menyeluruh oleh mana-mana agensi kerajaan yang berkuasa dan bebas untuk melakukan siasatan rasmi berkaitan ‘alegasi salah laku’ terhadap Azam,” menurut satu kenyataan media hari ini.

Abu Zahar, bekas Yang Dipertua Dewan Negara mengulangi kenyataannya sebelum ini yang siasatan “dakwaan salah laku” Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kuasa.

“Saya atau mana-mana ahli LPPR saya yang lain tidak ada niat menghalang siasatan lanjut itu, jika ada.

“Malah digalakkan (melakukan siasatan) dengan konsep kedaulatan undang-undang supaya nama baik dan integriti SPRM sentiasa berada di peringkat tertinggi mengikut undang-undang,” katanya.

Abu Zahar menyalahkan media atas kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada minggu lalu.

Beliau berkata media tidak melaporkan sepenuhnya mengenai perkara itu yang menyebabkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Abu Zahar berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa atau organisasi sekiranya mereka mahu menyiasatnya mengenai perkara tersebut.

“Saya bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak atau organisasi pada bila-bila masa,” katanya.

Tambah Abu Zahar, beliau akan menyerahkan kepada budi bicara kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai pengerusi LPPR dan beliau akan mematuhi sebarang keputusan.

Azam Baki menjadi tumpuan berhubung pemilikan saham korporatnya, yang menyebabkan pengkritik menggesa siasatan terhadap ketua pesuruhjaya SPRM itu.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu didakwa memiliki 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 30 April 2015, dan 1.02 juta saham pada 31 Mac 2016. Adik lelakinya didakwa memiliki 3.72 juta saham dalam syarikat yang sama.

Azam Baki juga didakwa memiliki 2.15 juta saham dalam senarai awam Excel Force MSC Bhd.

Saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adik lelakinya, dan, oleh itu, tiada konflik kepentingan, tambahnya.

Isu ini dibangkitkan di Parlimen pada 14 Disember oleh ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa, yang mempersoalkan sama ada Azam Baki telah mengisytiharkan asetnya.

Bagaimanapun, Azam Baki berkata beliau telah memaklumkan kepada pihak atasan pada 2015 mengenai pembelian saham oleh adiknya itu dan tiada sebarang kebimbangan dibangkitkan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sedang menyiasat Azam Baki selepas polis merujuk laporan ketua pesuruhjaya SPRM itu membenarkan adiknya, Nasir Baki, menggunakan akaunnya untuk membeli saham. – 11 Januari, 2022.

 KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

TUAN HAJI

BELUM PANCUT

DAH TARIK

TAKUK KELUAR

KAH KAH KAH

PASAI APA

PASAI DAH TAK

KERAS KE ?

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

RAKYAT MELIHAT

TUAN HAJI

JUAL AUTA

KAH KAH KAH

JAWATANKUASA

TUAN HAJI PUN

TAK YAKIN DG

TUAN HAJI 

KAH KAH KAH

INI TANDA

 MASA DAH SAMPAI

 UNTUK TUAN AJI 

GI CIUM BATU ITAM

 ATAU 

CARI BOMOH

 KERALA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: