Sabtu, 1 Januari 2022

UMNO MULA TIBAI SABRI 114

Ada usaha burukkan PM dalam isu banjir

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Najmil Faiz Mohamed Aris kesal dengan sikap sesetengah pihak yang sengaja mempolitikkan isu banjir yang melanda negara ini.

Jelas beliau, senario itu dapat dilihat menerusi trending di Twitter #KerajaanPembunuh yang menghasut orang orang ramai menyalahkan pihak kerajaan dan Perdana Menteri kerana lambat bertindak dalam pengurusan bencana ini.

Menurut beliau, banyak pihak yang mengeluarkan kenyataan provokasi kepada  Ismail Sabri Yaakob yang hanya untuk mengundang kemarahan rakyat.

“YAB telah melawat hampir setiap PPS untuk memastikan segala kebajikan mangsa terjaga.

“Sejak hari Jumaat lepas lagi, YAB PM telah mengarah semua agensi kerajaan memindahkan serta menyelamatkan mangsa banjir.

“Perlu kita faham, bencana banjir ini berlaku secara serentak dan melibatkan kawasan yang luas serta jumlah mangsa yang amat ramai,” katanya di hantaran Facebook miliknya di sini.

Najmil Faiz memberi contoh di kawasan Taman Sri Muda, penduduknya hampir 30,000 yang terkandas.

Kata beliau, itu belum lagi taman-taman lain di kawasan Shah Alam dan sekitarnya.

“Mana mungkin agensi kerajaan mampu menyelamatkan semua mangsa dalam tempoh yanh singkat. Fikirlah secara rasional.

“BOMBA, PDRM, APM, ATM dan sebagainya akan membantu golongan yang amat memerlukan dahulu seperti wanita, warga emas dan kanak-kanak.

“Begitu juga kawasan rumah teres satu tingkat yang akan menjadi tumpuan mereka dahulu kerana mangsa tidak mempunyai tempat berlindung.

“Tidak perlulah hendak memaki hamun “frontliners” kita ini hanya kerana lambat tiba ke kawasan anda. Mereka menggadai nyawa untuk anda. Mereka juga ada keluarga.

“Pemikiran seperti inilah yang merosakkan generasi anak muda di Malaysia.

“Semoga urusan semua mangsa banjir dipermudahkan dan terima kasih kepada pihak YAB PM kerana sentiasa prihatin terhadap isu ini,” tulisnya lagi. – 

INI BERITA BAIK

LAGI MOLEK

AMIN

GEROMBOLAN

MULA GADUH

SAMA SENDIRI

AMIN

DALAMAN

SEDANG PERANG

AMIN

LAGI CEPAT

SABRI 114

NAK SELAMAT

KAH  KAH KAH

LAGI CEPAT NAJIB

MASUK PENJARA

AMIN

BILA NAJIB MASUK

PENJARA

SABRI 114

SELAMAT 

SEJAHTERA

KHALAS

Tiada ulasan: