Selasa, 1 Februari 2022

APA KATA PENG ANAL TENTANG MUHYIDIN

 




Bersatu tidak maju di bawah Muhyiddin, kata penganalisis

BERSATU tidak banyak berubah sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai presiden daripada pengerusi Dr Mahathir Mohamad pada 2020, kata pemerhati politik.

Mereka berkata serangan bertubi daripada Umno, ditambah pula dengan kegagalan Bersatu mengekalkan diperingkat persekutuan, menjadi punca ia tidak mampu bertahan sebagai kuasa politik di Malaysia.

Penganalisis politik turut mempersoalkan mengapa parti itu tidak menambah keahlian atau mengukuhkan diri ketika memegang kuasa.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar berkata promosi Bersatu sebenarnya tidak agresif.

“Parti itu tidak berkembang dan akhir-akhir ini kita nampak ada beberapa pembelotan dalam kalangan ahli parti. Mereka tidak cukup agresif untuk dapatkan lebih ramai ahli ketika mereka ada kuasa,” katanya.

Baru-baru ini Bersatu kehilangan beberapa ahli kepada Parti Bangsa Malaysia yang baru ditubuhkan, malah minggu lepas dua pemimpin Bersatu Johor keluar parti untuk kembali kepada Umno.

Kedua-dua mereka merupakan bekas ketua Bersatu Johor yang juga exco Mazlan Bujang dan bekas Adun Mohd Izhar Ahmad. 

Tarikh pilihan raya negeri Johor dijangka diumumkan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya selesai bermesyuarat pada 9 Februari depan.

Pengasas Bersatu berasal dari Umno dan parti itu didaftarkan pada Januari 2017.

Parti itu pada mulanya merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi pilihan raya umum ke-14 sekali gus menumbangkan Umno-Barisan Nasional buat kali pertama selepas lebih 60 tahun.

Bagaimanapun, keadaan di Putrajaya berubah selepas 22 bulan apabila Bersatu, yang diketuai oleh Muhyiddin memilih untuk keluar daripada PH.

Dr Mahathir turut meninggalkan parti itu bersama sebilangan kecil penyokongnya sebelum menubuhkan Pejuang.

Justeru itu kerajaan PH tumbang dan Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan dengan sokongan daripada PAS, Umno dan 10 ahli Parlimen PKR.

Perikatan Nasional kemudian ditubuhkan namun Umno tidak berpuas hati dengan Muhyiddin kerana mereka mendakwa ahli Parlimen Pagoh itu sering mengetepikan parti Melayu itu.

Marah kerana diketepikan, beberapa ahli Parlimen Umno yang bukan sebahagian daripada kabinet Muhyiddin menarik balik sokongan terhadapnya, menyebabkan satu lagi kemelut politik yang menyaksikan Ismail Sabri Yaakob daripada Umno diangkat sebagai perdana menteri kesembilan.

Sejak itu Bersatu tidak pernah pulih, malah parti itu kalah teruk dalam pilihan raya negeri Melaka dengan hanya menang dua kerusi. Selain itu sehingga kini ia tidak berbaik dengan Umno.


Faktor Dr Mahathir

Felo Kanan di Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata Bersatu masih tidak menemui kekuatannya selepas membuang PH untuk bersama PAS dan Umno.

“Sebelum ini Bersatu kerap dikaitkan dengan Dr Mahathir tetapi selepas beliau keluar parti, Bersatu sudah tidak sama. Ia tidak dapat mencari aura baharu untuk ganti Umno atau PH.

“PAS sahaja tidak cukup,” kata ahli akademik itu.

Katanya kepimpinan Muhyiddin kini dipersoalkan selepas beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Gambir pada pilihan raya negeri Johor akan datang, menyatakan beliau mahu buka laluan kepada muka baharu.

“Mereka kalah teruk di Melaka dan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak malah kini Muhyiddin tidak mahu pertahankan kerusi DUN Gambir di Johor.

“Ia beri persepsi negatif. Sebagai presiden anda telah menghantar mesej yang salah kepada ahli anda dengan tidak mempertahankan kerusi anda,” kata Azmi.

Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata Muhyiddin telah meminta pimpinan Ledang menyerahkan senarai calon yang layak kepadanya, memandangkan kerusi itu berada di bawah bahagian itu.

Muhyiddin berkata dengan tidak bertanding di Johor membolehkan beliau beri perhatian kepada isu lebih penting di peringkat Parlimen dan pusat, selain mengendalikan hal berkaitan parti.

Bersatu silap tinggalkan PH

Sementara itu, Sayuti Omar berkata kesilapan terbesar Bersatu apabila meninggalkan PH untuk merebut kuasa sendiri.

Pemerhati politik itu berkata tiada jalan kembali untuk Bersatu jika parti itu mahu berbaik semula dengan PH pada pilihan raya akan datang.

“Mereka fikir dengan keluar mereka boleh kuasai Umno tetapi mereka silap. Mereka kuat dalam PH. Sebagai parti baharu dan kecil mereka diberi kuasa tertinggi tetapi entah bagaimana itu tidak cukup.

“Tetapi mereka juga tidak dapat bertahan lama selepas diserang Umno. Dari situ, mereka tidak pernah pulih. Mereka kini bergantung kepada PAS tetapi pada masa sama PAS juga bergantung kepada mereka.

“Adakah PKR, Amanah dan DAP akan terima mereka semula selepas apa yang mereka buat? Saya tidak fikir begitu. Bersatu kini terapung seperti bot selepas dilanda taufan,” kata Sayuti.

Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata Bersatu mungkin memerlukan muka baharu untuk kekal relevan pada pilihan raya negeri Johor akan datang.

“Parti itu tidak boleh bergantung kepada Muhyiddin seperti yang mereka buat di Melaka.

“Memang mereka ada defisit kepercayaan. Oleh itu mereka perlukan muka segar atau budak poster baharu di Johor kali ini.

“Budak poster ini sangat penting, malah lebih penting daripada pergi ke pilihan raya umum. Masalah Bersatu, mereka nampaknya tidak ada jawapan untuk serangan Umno.

“Mereka dalam keadaan defensif. Sebelum ini mereka yang menyerang Umno dalam pelbagai isu tetapi kali ini tidak,” kata ahli akademik kanan itu.

Bagaimanapun, Dr Mazlan Ali berkata Bersatu perlu diberi sedikit masa kerana setiap parti pasti ada pasang surutnya.

“Apa yang mereka perlukan adalah rakan gabungan. Mereka buat dengan beberapa parti selain PAS. Saya rasa pada ketika ini susah untuk mereka.

“Namun, setiap parti ada pasang surutnya. PKR bertahun-tahun dahulu cuma ada satu kerusi tetapi kini parti itu adalah kuasa besar,” katanya. – 1 Februari, 2022.

ADA DUA

KEJAYAAN

MUHYIDIN 

AMIN

PERTAMA BERJAYA

MENAFIKAN

ANWAR DARI

MENJADI PM

AMIN

KEDUA MENERUSKAN

PENDAKWAN 

KLUSTER MAHKAMAH

AMIN

BILA NAJIB ZAHID

ROSMAH 

MASUK PENJARA

MAKA INILAH

KEJAYAAN BESAR

ABAH KAU

MUHYIDIN YASSIN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: