Selasa, 1 Februari 2022

LEPAS JOHOR KEDAH KEDAH

 




Jika apa-apa berlaku di Kedah, jangan salahkan saya – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal mengambil tempat tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Mohamad Hasan berkata, ini termasuk PRN Kedah yang sedang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Saya tidak tahu situasi di Kedah, saya cuma di ibu pejabat.

“Jika ada berlaku apa-apa di Kedah jangan salahkan saya. Tapi buat masa ini saya tidak dengar apa-apa cerita,” katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA, hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang enggan memberikan sebarang komen kepada media.

Menjelaskan perkara itu, Mohamad berkata, BN berpendirian tidak ada keperluan untuk diadakan PRN di Kedah.

“Kita jangan main dengan PRN, ini bukan perkara yang sahaja-sahaja kita boleh buat melainkan ada keperluan untuk kita mengadakan pilihan raya.

“Saya tidak nampak ada keperluan untuk berbuat demikian, PRN Melaka bukan kita yang buat, PRN disebabkan oleh empat ADUN keluar dari berikan sokongan maka BN kehilangan majoriti jadi mahu atau tidak terpaksa dibubarkan DUN,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan dakwaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap kepimpinannya hanya khabar angin.

Malah ada laporan media sebelum ini melaporkan bahawa ‘kem UMNO’ yang diketuai Ahmad Zahid sedang merancang sekurang-kurangnya tiga lagi PRN dengan harapan dapat mengembalikan semula pengaruh kuat di DUN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

TUKAR TIUB

SUDAH RAMALKAN

LEPAS JOHOR

PRN KEDAH

AMIN

INI PROJEK

KLUSTER 

MAHKAMAH

AMIN

LEPAS KEDAH PERAK

LEPAS PERAK

TERANGGANU

AMIN

LEPAS TERANGGANU

BUAT PRU 15

KHALAS

KALAU MASIH

TAK FAHAM PROJEK

KLUSTER 

 MAHKAMAH

BAIK JANGAN

BERPOLITIK

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baha BHP lebih awal ramal yg sama pasal PRN Johor, pastu Kedah, pastu Perak dan Trengganu cuma Baha BHP takde blog atau fb nak bgtahu org ramai. Terrorist Baha BHP nie sbb dia terror pasal politik tanahair.