Selasa, 1 Februari 2022

UFO DI TAIPING ?




INI KERJA UFO

AMIN 

20 lembu dijumpai

 mati dalam ladang

 di Taiping

SEBANYAK 20 ekor lembu ditemukan mati dalam sebuah ladang buah naga di Sungai Rotan Padang Gajah, Taiping semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata kesemua bangkai lembu itu yang ditemukan pekerja lelaki ladang itu di sekitar lingkungan dua kilometer (km) dalam kawasan ladang berkenaan pada pukul 9.45 pagi.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap lembu itu dan dapati mati lalu datang ke balai polis untuk membuat laporan tidak mahu bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata pemilik lembu berusia lingkungan 30-an yang mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM80,000 turut membuat laporan polis terhadap kejadian itu.

Menurutnya siasatan awal mendapati jumlah kesemua lembu ternakan milik lelaki itu adalah sebanyak 160 ekor manakala jarak antara ladang buah naga dan kandang lembu adalah kira-kira 6 km.

Osman berkata Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengambil sampel tadahan air yang terdapat di dalam tong besi dan racun tanaman yang digunakan untuk pertanian di lokasi kejadian untuk tujuan analisis.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian, pasukan veterinar telah membuat bedah siasat terhadap bangkai lembu di tempat kejadian telah mengambil jantung, limpa, paru-paru hati dan ginjal untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematian,” katanya. 

Permohonan laporan bedah siasat pihak veterinar akan dibuat dalam masa terdekat dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan. – Bernama, 31 Januari, 2022.


MISTERI SASPEN

AJAIB

AMIN

APAKAH UFO

DAH SAMPAI

KE TAIPING

AMIN

 ATAU MATI 

MAKAN RACUN

KHALAS

YANG PUNDEKNYA 

MEDIA MALAYSIA

SELALU LAPUR

PUTUS TENGAH

JALAN

KAH KAH KAH

ATK TAHU APA

JADI SETERUSNYA

KAH KAH KAH

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

UFO hanye bunuh 20 ekor lembu je ..lembuuuu. Masalah nye macam mana mau dakwa dan chokau UFO tu ..Datok Dokter Tuan Haji UsTaZ Lebai Fadilah Kamsan AMN boley tangkap UFO tu ke. Apasal duit rakyat ilang Ratos Biliyun tak seekor orang UMNO kono chokau. Ini nunjukkan Orang UMNO lebih bosar SIAL nyo dari UFO ..