Selasa, 1 Mac 2022

PERTI KECIL TAKDA HARAPAN

 


Parti kecil berdepan laluan sukar pada PRN Johor, kata penganalisis

PENDATANG baharu dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor tidak akan menyebabkan gangguan besar kerana pengundi lebih cenderung memilih gabungan yang boleh membentuk kerajaan stabil, kata penganalisis.

Mereka berkata parti seperti Pejuang, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan juga Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak akan dapat meraih banyak sokongan daripada pengundi Johor untuk membentuk pentadbiran yang stabil.

Walaupun ia sebahagian daripada demokrasi, mereka menambah pendatang baharu hanya akan menghalang peluang pembangkang untuk menang menentang Barisan Nasional (BN).

Pakatan besar yang terlibat pada PRN kali ini ialah BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), yang memasukkan Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) sebagai rakan strategiknya.

Parti lain yang terlibat ialah Pejuang, Warisan, PBM dan PSM, serta sebilangan besar calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 12 Mac dan pengundian awal pada 8 Mac.

SPR mengumumkan 239 calon untuk PRN Johor, dengan BN dan PN masing-masing mendahului dengan 56, diikuti PH (50), Pejuang (42), Muda (7), Warisan (6), PBM (4), Putra (1) dan PSM (1).

Terdapat 16 calon Bebas bertanding di 56 kerusi.

“Pengundi Johor mahu kerajaan negeri yang stabil, parti kecil tidak boleh membentuk kerajaan negeri dan peluang mereka untuk menang satu atau dua kerusi sangat tipis.

“PH dan PN sebagai pakatan pembangkang akan merasai kesan parti-parti kecil ini. Akan berlaku perpecahan undi dan merugikan pembangkang,” kata Felo Kanan Akademi Nusantara (Penyelidikan Strategik) Azmi Hassan.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersetuju dan berkata pendatang baharu dalam PRN Johor perlu menjadi sebahagian daripada gabungan jika mereka ingin menang.

Katanya dengan bergerak secara solo, peluang mereka untuk menang adalah sangat kecil.

“Saya rasa PAS dan Muda boleh menang kerana mereka sebahagian daripada PN dan PH, walaupun Muda bukan ahli gabungan secara rasmi tetapi mereka ada persefahaman.

“Bagi Pejuang, Warisan, PBM dan lain-lain, saya tidak rasa begitu. Melawan PN, BN dan PH secara solo adalah satu tugas yang sukar.

“BN kuat di kawasan Melayu atau penempatan Felda, PH mendapat sokongan baik di kawasan bandar manakala PN ada faktor Muhyiddin Yassin. Ini faktor yang tidak ada pada parti kecil,” katanya. – 1 Mac, 2022.

DALAM POLITIK

PILIHAN RAYA

CUKONG TOKAN

BEG DUIT 

DARI  OLIGARH

JADI PENTING

AMIN

PILIHAN RAYA

MAHAL

AMIN

SEMUA KENA DUIT

MAKA PARTI 

KECIK TAKAKAN

BERJAYA MALAH

BUANG DUIT

AMIN

INI HUKUM SYARAT

POLITIK UNDI

DIMANA MANA PUN

DALAM DUNIA INI

AMIN

PARTI KECIL

PATUT MASUK

BERSAMA DALAM

UNITED FRONT

KEMAH BESAR

AMIN

KALAU TIDAK 

TUTUP KEDAI

AMIN

KECUALI SUSUN

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

1 ulasan:

sakai bangsar berkata...

nampak sangat diskriminasi.
hanya yang kaya dapat join pilihanraya