Rabu, 4 Mei 2022

ANGKA KOBID MENURUN


KKM lapor 922 kes baharu Covid-19, 9 kematian

SEBANYAK 922 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), pertama kali angka harian bawah 1,000 sejak 29 Mac tahun lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 4,451,78 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Angka harian semalam paling tinggi di Selangor iaitu 429 kes, diikuti Kuala Lumpur, (120) dan Pulau Pinang (83).

Di negeri-negeri lain, 58 kes dicatatkan di Negeri Sembilan, Perak (41), Johor (35), Sarawak (31), Melaka (28), Putrajaya (26), Kedah (22), Pahang (19), Sabah (12), Terengganu (9), Kelantan (7), Perlis (1) dan Labuan (1). 

Semalam juga sebanyak sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan, termasuk lima di luar hospital.

Kedah dan Perak masing-masing melaporkan dua kematian, manakala Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor, masing-masing merekodkan satu kes. 

Sementara itu seramai pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 46 kes memerlukan bantuan pernafasan. – 4 Mei, 2022. 


ANGKA KOBID

MENURUN

AMIN

TAHNIAH

BARISAN 

HADAPAN

AMIN

SELAMAT

BERHARI RAYA

AMIN

Tiada ulasan: