Ahad, 1 Mei 2022

MAKLUMAT GEMBIRA

 

Kes harian turun

 ke paras 2,500

 jangkitan,

 6 lagi terkorban

2,579 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,445,897 kes.


Sebanyak 6,055 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,360,061.

Ketika ini 50,294 kes aktif direkodkan, dengan 48,924 atau 97.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 34 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,258 (2.5%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 78 kes dan 50 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.4%.

Enam korban turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,542 orang.

INI MAKLUMAT

BUAT KITA 

SENANG HATI

MASA RAYA

AMIN

TAPI JANGAN LUPA

JAGA C.U.H

CARA UNTUK

HIDUP

KHALAS

Tiada ulasan: