Selasa, 3 Mei 2022

MARI KITA LAKUKAN KEBAIKKAN

 



Rawatan kanabis bantu diri berfungsi, dakwa pesakit

SEORANG wanita pengidap sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) mengaku kanabis perubatan membantunya untuk hidup normal, ketika pihak berkuasa mula berbincang usaha untuk membenarkan kaedah rawatan itu secara undang-undang.

Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau mula menggunakan rawatan itu sejak disahkan mengalami tekanan perasaan oleh sebuah hospital swasta pada 2018.

“Rawatan kendiri menggunakan kanabis perubatan ini membantu hidup saya boleh berfungsi seperti sedia kala,” katanya, yang mahu identitinya dirahsiakan.

Rawatan menggunakan kanabis perubatan juga lebih menjimatkan poketnya berbanding cara konvensional di institusi kesihatan, tambahnya.

“Saya diberikan ubat hospital tetapi ia mahal dan kita tahu ubat itu datang daripada makmal, dalam sebulan kosnya mencecah antara RM600 hingga RM700 tidak termasuk sesi terapi dan perundingan.

“Tetapi bila saya membuat rawatan secara kendiri, bahan yang digunakan semulajadi. Ia bukan datang daripada makmal, maknanya ia semulajadi… yang ciptaan Tuhan juga yang terbaik,” katanya, yang berasal dari Sarawak.

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak, yang terbahagi kepada tiga jenis keadaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. 

Antara simptom lain yang dialami penghidapnya adalah sentiasa berasa bimbang tak menentu.

Wanita itu juga berkata, dia pernah terfikir berkenaan soal bunuh diri disebabkan sikap keluarga yang maklum berkenaan penyakit dihadapinya namun mereka masih bersikap acuh tidak acuh.

“Keseluruhan sistem sokongan saya memalingkan diri mereka daripada saya, walaupun saya mempunyai pengesahan pakar.

“Adakala saya terfikir nak bunuh diri, tekanan perasaan membawa saya kepada pemikiran itu.

“Adakah saya perlu bunuh diri untuk mereka faham (penyakit saya)? Itu yang membuatkan saya paling kecewa,” katanya. 

Wanita itu berkata beliau dapat merasakan perubahan pada dirinya selepas menggunakan kanabis perubatan sebagai rawatan alternatif, namun mengakui pengambilannya secara berterusan boleh menyebabkan ketagihan.

“Ada beza selepas gunakan kanabis perubatan, masalah susah nak tidur hilang kerana ia menenangkan

“Sudah tentu ia menagihkan, ia ubat yang saya gunakan sebagai terapi, tetapi kita juga kena ingat, kanabis ini tak halal tapi ia juga tak haram,” tambahnya.

Ditanya mengenai langkah kerajaan membincangkan jalan undang-undang untuk menerima kaedah rawatan ini, wanita itu berharap usaha itu akan berhasil.

“Kasihanilah, kami orang yang benar-benar perlukannya,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Malaysia Society of Awareness, (MASA) Harish Kumar Thanabalan berkata pihaknya akan terus memperjuangkan nasib kumpulan pesakit berkaitan mental mendapatkan kebenaran menggunakan kanabis, atau secara umumnya dikenali sebagai ganja.

Harish berkata, pihaknya juga akan melancarkan petisyen tidak lama lagi untuk membangkitkan kesedaran orang ramai dan mendapatkan sokongan umum terhadap kaedah rawatan mental ini.

“Ada sistem dan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, terdapat sistem yang kita boleh ikuti.

“Jadi, saya akan buat petisyen, mungkin sejuta, atau tiga juta orang akan ikut kita,” katanya.

MASA ditubuhkan pada 2018 bertujuan mendidik dan memberikan kesedaran penggunaan kanabis sebagai alternatif rawatan penyakit mental di negara ini.

Sejak penubuhannya, MASA juga katanya sudah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan kementerian dan agensi kerajaan terlibat memberikan penjelasan dan menyerahkan kertas kerja mengenai kanabis dan perubatan mental.

“Kita sudah berjumpa semua agensi kerajaan dan sebagainya tetapi masih belum ada hasilnya,” kata Harish.

Alternatif

Dalam pada itu, penyelidik neurosains di Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas mengesahkan ada dakwaan di luar negara bahawa penggunaan kanabis mampu mengurangkan tekanan perasaan.

“Kanabis ini dikatakan mampu mengurangkan kesakitan, ada juga dakwaan ia anti tekanan perasaan tetapi itu pun dakwaan daripada pengguna.

“Data dan kajian perubatan belum konklusif disebabkan di luar negara kanabis ini lebih kepada rawatan alternatif, jarang mereka gunakan dan preskrip sebagai ubat dalam hospital,” katanya,  ketika dihubungi The Malaysian insight.

Namun ada beberapa negara yang memberi kelonggaran kepada rakyatnya mengambil sukatan tertentu kanabis, tambahnya.

“Kanabis didakwa mempunyai banyak kegunaan kalau digunakan sebagai alternatif tetapi kita di bidang perubatan perlukan bukti, berbanding alternatif yang hanya perlukan testimoni penggunaan,” katanya.

Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang pada 2 Disember 2020 telah mengklasifikasikan semula kanabis lalu mengeluarkannya daripada senarai dadah yang boleh membunuh dan mewujudkan ketagihan.

Mereka menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).

Sementara di Malaysia, di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan mengedar 200 gram kanabis boleh dikenakan hukuman mati.

Thailand juga menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan dan kajian bermula pada 2018.

Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 6 April mengesahkan kajian klinikal terhadap penggunaan ganja dalam perubatan boleh dilakukan.

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun berkata, setiap dasar perlu berasaskan bukti dan setakat ini belum ada kajian klinikal yang lengkap diterima Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia kemudiannya membawa kepada pembentukan Kaukus Medical Cannabis yang berjaya mengadakan pertemuan sulung dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April.

Usaha itu bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hemp, ganja, dan ketum untuk tujuan perubatan di Malaysia.

Kaukus berkenaan mendapati industri kanabis dan ketum dianggarkan bernilai RM60 bilion giat dibangunkan banyak negara dengan kanabis perubatan dibenarkan di lebih 40 buah negara.

Kaukus dwipartisan antara ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu dipengerusikan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – 3 Mei, 2022.

CUKUPLAH

DAH BANYAK

AKTA YG

SUSAHKAN

HIDUP RAKYAT

AMIN

AKTA YANG

DIKATAKAN AKAN

MEMBANTU

ORANG RAMAI

AMIN

INI TAK BOLEH

TU TAK BOLEH

SEMUA NAK JAGA

MORAL RAKYAT

AMIN

KALAU BETUL

NAK JAGA

ORANG RAMAI

ADA CARA

AMIN

BERI

PEMBELAJARAN

PERCUMA

MASUK UNIVERSITI

TANPA YURAN

AMIN

TAKDA KERJA

BERI DUIT POKET

AMIN

ADA SISTEM

PERUMAHAN

RAKYAT

AMIN

BERI RAWATAN

HOSPITAL  DAN

UBATAN PERCUMA

AMIN

SISTEM 

PENGANGKUTAN

UNTUK RAKYAT

YG MUDAH MURAH

 KHALAS 

JANGAN NAK

KONTROL KOTE 

RAKYAT TAPI 

BIL TALIPON RAKYAT 

TAK NAK BAYAR

KAH KAH KAH

 KHALAS

Tiada ulasan: