Ahad, 5 Jun 2022

PARLIMEN JANGAN BUANG. MASA

Usaha halang kluster mahkamah hadiri Parlimen tidak adil, kata Ahmad Maslan

MELARANG ahli Parlimen yang berdepan perbicaraan mahkamah daripada menghadiri Parlimen melanggar prinsip tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan memperkenalkan Kod Etika Ahli Parlimen seperti yang diumumkan semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam Twitter hari ini, Ahmad, yang juga ahli Parlimen Pontian berkata, cadangan itu juga melanggar prinsip beban pembuktian “beyond a reasonable doubt”.

“Jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi,” Tweet Ahmad yang didakwa dengan rasuah tetapi dibebaskan pada September tahun lalu.

Wan Junaidi semalam berkata, ordinan berkenaan perlu dikemas kini kerana ia tidak pernah dipinda sejak 1953.

Pembaharuan lain termasuk tatakelakuan untuk ahli Parlimen dan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memulihkan kebebasannya daripada eksekutif.

Ahmad didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan tidak mengisytiharkan RM2 juta diterima pada 2013 daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Pihak pendakwaan tahun lalu menarik balik pertuduhan selepas Ahmad membayar kompaun RM1 juta.

Najib, ahli Parlimen Pekan, masih menghadapi tuduhan rasuah bagi skandal berkaitan 1MDB.

Beliau didapati bersalah pada 2020 atas satu set pertuduhan membabitkan anak syarikat 1MDB dan kini sedang merayu sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Persekutuan.

Sementara menunggu keputusan itu, Najib boleh hadir ke Parlimen.

Sementara itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan tuduhan rasuah membabitkan dana daripada Yayasan Akalbudi, yayasan kebajikan yang dikendalikannya, serta menerima rasuah semasa beliau menjadi menteri dalam negeri berhubung kontrak untuk sistem visa pekerja asing.

Najib dan Zahid digelar sebahagian pengkritik dan pemerhati sebagai “kluster mahkamah” dalam Umno yang mendesak pilihan raya umum awal dengan harapan untuk merampas semula Putrajaya, yang dikatakan pengkritik akan membolehkan mereka menyelesaikan pertuduhan terhadap mereka. – 4 Jun, 2022.

WAJIB UBAH

PERATURAN

KERANA MAKIN

RAMAI YB 

JADI PENCURI

AMIN

MAKIN RAMAI

DI DAKWA

AMIN

JANGAN HALANG

MASUK PARLIMEN

INI BUANG MASA

AMIN

JALAN TERBAIK

MASUKKAN 

SEGERA KE DALAM

PENJARA

KHALAS HABIS

CERITA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soalnya apakah hanya najib, zahid dan ahmad maslan sahaja yg mencuri dan rasuah?? Kalau nak guna alasan pencuri tak dibenar ke parlimen. Semua ahli parlimen tak layak ke parlimen. Hisham pun tahu. Mana ada orang politik yg bersih. So, don't to be hypocrit