Selasa, 12 Julai 2022

AL-KAWAHLI MULA MEMUTAR

 



Takiyuddin tahu perjanjian lantik timbalan perdana menteri, kata Muhyiddin

SETIAUSAHA Agung PAS Takiyuddin Hassan tahu mengenai perjanjian jawatan timbalan perdana menteri dengan Ismail Sabri Yaakob dan terlibat menulis perjanjian itu, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dilapor menafikan perjanjian itu wujud.

Jelas Muhyiddin, beliau menandatangani perjanjian itu dengan disaksikan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa serta beberapa pimpinan parti yang lain.

“Jadi, mungkin Tok Guru (Abdul Hadi) boleh memeriksa kembali dengan Datuk Takiyuddin. Beliau sendiri yang sebenarnya adalah draftsman (penggubal) kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Kesemua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya seperti dipetik media di Ipoh.

Abdul Hadi sebelum ini dipetik berkata ada perbincangan mengenai jawatan timbalan perdana menteri tetapi perkara itu tidak diputuskan muktamad.

“Kita masih lagi berpegang (kepada keputusan sewaktu) awal-awal kita tubuh kerajaan tak ada timbalan perdana menteri.

“Perbincangan ada sebelum ini tapi tak ada keputusan sebab kita masih sibuk dengan urusan rakyat,” katanya di Marang, Jumaat lepas.

Bekas ketua setiausaha sulit kepada Muhyiddin, Marzuki Mohamad kelmarin mengesahkan perjanjian berkenaan wujud, dan katanya ditandatangani pada pada 17 Ogos 2021. 

Muhyiddin letak jawatan perdana menteri sehari sebelum itu dan diganti Ismail Sabri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Umno tidak pernah tahu wujud perbincangan untuk melantik timbalan perdana menteri.

Katanya, Bersatu pun sudah ada dua menteri kanan dan tidak perlulah lagi ada jawatan timbalan perdana menteri.

Isu pelantikan timbalan perdana menteri berbangkit selepas Muhyiddin mengesahkan berbincang mengenainya dengan Ismail Sabri baru-baru ini.

Perbincangan mereka bukan sahaja mengenai cadangan rombakan Kabinet selepas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu tetapi turut membincangkan soal pelantikan timbalan perdana menteri.

Menurut Muhyiddin, perbincangan mereka selaras dengan perjanjian dengan Ismail Sabri, ketika pihaknya memberikan sokongan untuk beliau jadi perdana menteri pada Ogos 2021.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang dilantik menteri atas kuota Bersatu. Beliau keluar Bersatu untuk masuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan bakal jadi presiden parti itu. – 11 Julai, 2022.     

AL- KAWAHLI

DAH PANDAI

PUTAR ALAM

KAH KAH KAH

PENYAKIT ANWAR

DAH BERJANGKIT

KAH KAH KAH

VIRUS INI MESTI

DAH ADA DARI

ZAMAN ABIM

KAH KAH KAH

DAH PANDAI

BUAT BUAT BIJAK

MACAM ANWAR

KAH KAH KAH

NAMPAK JELAS

SATU ACUAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: