Jumaat, 1 Julai 2022

MINYAK MASAK NAIK HARGA - IKUT CARA MAT MASLAN


Harga minyak masak bakal naik hingga 40%, kata pengusaha


RAKYAT Malaysia bakal berdepan kenaikan harga minyak masak lebih tinggi – sekurang-kurangnya 40% – apabila subsidi untuk minyak masak dalam botol dihapuskan mulai esok, kata pemain industri dan peruncit.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang kenaikan itu akan melibatkan semua minyak masak dalam botol seberat 1kg hingga 5kg.

“Harga minyak masak yang diberi subsidi akan naik lebih 40%. Ini terpakai untuk minyak masak dalam botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg,” kata sumber daripada pengeluar minyak masak terkenal.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin mengesahkan perkara itu apabila beliau berkongsi jangkaan harga jualan minyak masak dalam botol di cawangannya bermula 1 Julai.

Menurut Ameer, minyak masak dalam botol 1kg jenama Alif dan Saji yang popular akan menyaksikan kenaikan harga daripada RM6.70 kepada RM9.50, meningkat sebanyak 42%.

Jenama lain seperti Buruh akan berharga RM9.45 (kenaikan 41%), Vesawit pada RM9.40 (kenaikan 40%) dan Seri Murni pada RM9.25 (kenaikan 38%).

Selain minyak masak dalam botol 1kg, Mydin juga akan menjual botol 2kg dan 5kg dengan harga yang dinaikkan.

Bagi minyak masal botol 2kg, harga Vesawit akan menyaksikan lonjakan sebanyak 44% daripada RM12.70 kepada RM18.25, manakala Buruh pada harga RM18.15 (kenaikan 43%), Seri Murni pada RM18.10 (kenaikan 42.5%), Alif pada RM18.05 (meningkat sebanyak 42%) dan Saji pada RM17.90 (meningkat sebanyak 41%).

Bagi minyak masak botol 5kg, yang kini berharga RM29.70, akan menyaksikan peningkatan ketara antara RM12 hingga RM13.

Ameer berkata jenama Seri Murni akan dijual pada harga RM42.70 (kenaikan 44%), Buruh pada RM42.60 (kenaikan 43.5%), Alif pada RM42.50 (kenaikan sebanyak 43%), Vesawit pada RM42.25 ( meningkat sebanyak 42.5%) dan Saji pada RM42.20 (meningkat sebanyak 42%).

Pengasas Mydin yang juga presiden Pertubuhan Peruncit Bumiputera berkata beliau bagaimanapun merancang untuk menjual minyak runcit botol itu lebih murah sedikit daripada harga dinyatakan di atas.

Minggu lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub berkata subsidi minyak masak dalam botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg akan dimansuhkan mulai 1 Julai kerana ia merupakan langkah sementara yang diperkenalkan kerajaan pada Ogos 2021 untuk membantu rakyat semasa pandemik.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM2.2 bilion tahun lepas dan RM500 juta pada 2020 untuk memberi subsidi minyak masak.

Pada masa ini, subsidi yang akan ditanggung kerajaan hanya untuk minyak masak dalam bungkusan polibeg 1kg, yang dijual pada harga RM2.50 sebungkus, berbanding harga pasaran sebenar RM9 sekilogram bagi kegunaan rakyat Malaysia isi rumah B40.

Subsidi ini dilaksanakan sejak Jun 2007. – 30 Jun, 2022.   

 

SEMUA INI

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

MARI

IKUT NASEHAT

MAT MASLAN

SEMUA REBUS

TAK PERLU MINYAK

KAH KAH KAH

IKUT NASEHAT

LOKMAN ADAM

MAKAN MENTAH

JIMAT GAS

TAK PERLU MASAK

AMIN

IKUT CARA

HASAN MALIK

PERAM DULU

DAH LEMBIK

BARU MAKAN

KAH KAH KAH

KEADAAN AMAT

BAIK UNTUK

HASUT RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Ans berkata...

Tukar tiub tukar wayer