Ahad, 14 Ogos 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

 



Rayuan akhir Najib sabitan hukuman SRC bermula esok

KUALA LUMPUR – Esok bermula rayuan akhir  Najib Razak untuk mengetepikan semua sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan merayu hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan sembilan hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini bagi prosiding rayuan ini, sebelum ini mahkamah sama telah menetapkan 10 hari prosiding.

Difahamkan pendengaran akhir ini bakal didengar oleh lima panel hakim tetapi senarai nama hakim belum didedahkan namun ada desas desus mendakwa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan mengetuainya bersama empat yang lain.

MalaysiaGazette difahamkan prosiding akan bermula dengan mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu untuk membatalkan sabitan hukuman penyewelengan dana SRC terhadapnya.

Jika ditolak, ayuan akhir akan diteruskan dengan hujah di mulakan oleh Hisyam Teh Poh Teik bersama dua lagi peguam, Liew Teck Huat serta M. Rueben.

Najib akan mengemukakan bukti baharu iaitu hakim yang telah mendengar dan menjatuh hukum terhadapnya, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan yang besar dalam kumpulan Maybank yang juga berperanan dalam pembentukan SRC selain memberikan pinjaman kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Untuk makluman, SRC adalah anak syarikat 1MDB namun kini milik sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Mohd Nazlan yang dahulunya Hakim Mahkamah Tinggi kini sudah dinaikkan pangkat kepada Hakim Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan telah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan.

Bagaimanapun pada 8 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi dan menolak rayuan Najib.

Pada Rabu lalu, ketika pengurusan kes rayuan akhir, peguam Najib telah memberikan kata dua kepada supaya memberikan mereka penangguhan atau mereka akan menarik diri.

Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam,  Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya pada 25 Julai lalu.

Beliau kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala HIsyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Untuk makluman, Hisyam juga ketika ini adakah peguam kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kes rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara  di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum itu usaha Najib dalam mendapatkan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk diwakili Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) dalam rayuan SRC telah ditolak.

JIKA RAYUAN

NAJIB DITOLAK

AMIN

NAJIB MASUK

PENJARA

AMIN

INILAH KEJAYAAN

BESAR PRU14

AMIN

INILAH KEJAYAAN

BESAR PAKATAN MENANGKAP DAN

MENDAKWA PENCURI

AMIN

INILAH KEJAYAAN

BESAR RAKYAT

MALAYSIA

AMIN

KEJAYAAN ANAK

SEMUA BANGSA

DAN

BANGSA SEMUA

AGAMA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa mau bertaruh, esok najib tak akan masuk penjara.. Kah Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Isham, telur belum menetas lagi. Jangan mula mengira. Macam pertandingan bola sepak, pengadil belum tiup wisel. Dua belah masih ada peluang masuk gol. Tapi pasukan kita steady ... kena sabar dan ikut aturcara.