Ahad, 21 Ogos 2022

MAT MASLAN BANGUN MELAWAN

 


Umno mahu SPRM, Peguam Negara jelaskan siasatan terhadap hakim Nazlan

UMNO mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan kedudukan kertas siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dilaporkan dihantar kepada Peguam Negara tiga bulan lepas, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

Katanya, satu dokumen yang didakwa kertas siasatan berkenaan telah tular dan menunjukkan ada kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.

“Pihak SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular.

“Pihak Jabatan Peguam Negara perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua agensi itu perlu membuat penjelasan terutama selepas Mahkamah Persekutuan kelmarin menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk memasukkan bukti keterangan baharu yang dikatakan melibatkan Mohd Nazlan, kata Ahmad.

Jelasnya, dua agensi itu perlu menerangkan kedudukan kertas siasatan berkenaan kerana ia melibatkan integriti institusi yang perlu dilindungi.

Pada 21 Mei, SPRM mengesahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan sudah selesai dan kertas siasatannya diserah kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada 18 Mei.

Mohd Nazlan, sekarang hakim Mahkamah Rayuan, adalah hakim bicara yang menyabit dan menjatuhkan hukuman ke atas Najib berhubung tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Sabitan dan hukuman itu dirayu di Mahkamah Persekutuan minggu ini.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa menolak permohonan Najib untuk memasukkan keterangan baru kononnya Mohd Nazlan ada konflik kepentingan semasa membicarakan kes.

Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguhkan kes dengan alasan beliau baharu dilantik.

Pada 26 Julai, Najib menamatkan khidmat peguam Muhammad Shafee Abdullah dan firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir itu. Shafee dan firmanya mewakili Najib sejak beliau dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.

Najib kemudian melantik firma Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam baharunya, dengan Hisyam dari Tetuan Teh Poh Teik & Co sebagai peguam utama. Beliau dibantu dua peguam ZIST iaitu Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam.

Rayuan Najib bersambung  Selasa. 

MAT MASLAN

BANGUN MELAWAN

KAH KAH KAH

YANG LAIN

SENYAP 

KAH KAH KAH

APAKAH SETUJU

NAJIB NAZAK

SEORANG DIRI

DI MAHKAMAH

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat nasi goreng pun lepas mat maslan ooooiiii