Jumaat, 19 Ogos 2022

SITI MUSLIHAT BUNTING

 



Anggapan Mahkamah Persekutuan tentang muslihat Najib silap, kata Zaid

ANDAIAN Mahkamah Persekutuan bahawa Najib Razak menukar peguamnya bagi lengahkan prosiding silap sama sekali, kata Zaid Ibrahim.

Katanya bekas perdana menteri percaya andaian hakim ialah penyusunan semula pasukan pembelaannya “sebahagian daripada muslihat bagi mengelak atau menangguhkan penghakiman dan hukuman akhir yang akan dijatuhkan ke atasnya atau untuk sebab politik.”

“Saya kesal kerana walaupun usaha terbaik peguam utama dan peguam dalam pasukan saya di Kuala Lumpur dan Singapura, kami tidak dapat menghapuskan salah tanggapan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas menteri undang-undang itu berkata firmanya setuju mewakili Najib kerana berpendapat kes itu perlukan pendekatan dan perspektif baharu.

Ini termasuk meninggalkan “serangan yang tidak perlu” terhadap hakim Nazlan Ghazali yang telah menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Pekan itu.

“Sebaliknya, kami berhasrat untuk fokus kepada isu undang-undang dan fakta yang menyelubungi kes itu, terutamanya kepada isu berat sebelah dan konflik kepentingan,” kata Zaid.

Beliau berkata daripada analisis objektif fakta kes, bukti banyak memihak kepada Najib.

Zaid juga berkata beliau bersetuju dengan keputusan Najib untuk menamatkan khidmat firma Zaid sebagai peguam cara dalam rayuan rasuah SRC International.

Beliau bagaimanapun berkata ia tidak akan menghalangnya daripada meneruskan apa yang diyakininya sebagai betul.

Zaid berkata, keputusan Najib pagi ini dibuat atas persetujuan dan sokongan penuhnya.

“Pagi ini, ketua peguam, Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan firma guaman saya telah dihentikan khidmat.

“Saya mengesahkan keputusan ini dibuat oleh Najib dengan sokongan penuh dan persetujuan saya.

“Seperti yang saya faham, keputusan Najib itu didorong oleh kepercayaannya yang peguamnya tidak boleh menjalankan apa-apa tujuan berguna untuk mewakilinya lagi dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan,” kata bekas ahli Umno itu.

“Saya akan sentiasa berazam untuk tidak goyah dari kepercayaan teras saya. Saya akan sentiasa memperjuangkan keadilan, sama ada untuk rakyat biasa atau untuk Raja. Dengan berbuat demikian, saya juga ingin memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi juga dilihat dilaksanakan,” tambahnya.

Pagi ini, ketua peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim yang Najib telah menghentikan khidmat firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavarnam, yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam Najib, tidak berada di mahkamah pagi tadi.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan prosiding diteruskan, dengan timbalan pendakwa raya V Sithambaram menyambung semula hujahan lisannya terhadap rayuan Najib.

Namun, Zaid menegaskan beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan Najib walaupun dipecat daripada pasukan pembelaan.

“Saya berpegang pada kenyataan saya sebelum ini firma saya tidak akan sekali-kali meninggalkan pelanggan kami, atau mana-mana pelanggan lain. Itu bukan budaya mahupun tradisi kami. Keadaan dan situasi luar biasa semasa mendorong kami untuk mengambil berat tentang keperluan pelanggan.

“Kepentingan anak guam adalah yang utama. Saya mendoakan yang terbaik untuk Najib. Saya akan sentiasa berada di sana untuk membantunya dalam apa jua keadaan, sebagai peguam dan rakan,” katanya.

Ini adalah kali kedua Najib memecat pasukan peguamnya sejak permulaan perbicaraan SRC International.

Pada 25 Julai, beliau menggugurkan peguam utama Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelanya yang telah mewakilinya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk melepaskan dirinya daripada mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya.

Tengku Maimun berkata mahkamah menolak permohonan itu.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib kerana pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Sabitan dan hukuman itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan. – 19 Ogos, 2022.

TAK ADA

SITI MUSLIHAT

KAH KAH KAH

WOIT

LU JAWAB

PASAI APA ANAK

BUNTING KAT

SINGAPURA

KAH KAH KAH

MINTA TANGGUH

NAK LAWAT

ANAK BUNTING

KAH KAH KAH

SITI MUSLIHAT APA

TAK NAK BUNTING

DI HOSPITAL

CHOW KIT

KAH KAH KAH

APA PASAI 

HOSPITAL KITA

TAK GUNA KA ?

KAH KAH KAH

KES BUNTING

INI JELAS BUKTI

TIPU HELAH NAK

LENGAHKAN KES

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu kak ros bunting

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Kenapa anak tak bunting tak beranak di Serdang Damansara Pantai Dalam Presint 15 Changkat Jening Jeniang Hulu Tembeling Sauk Kampung Chenor Wakaf Che Yeh ??? Woiittt Zaid....jawablah kahkahkah