Sabtu, 13 Ogos 2022

TAHFIZ NIAGA JUAL APA ?


2 lelaki ditahan kes serang petugas pusat tahfiz Lipis


DUA daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menyerang petugas dan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lipis yang tular di media sosial telah ditahan di sekitar Damak Jerantut hari ini.

Mereka direman selama empat hari bermula hari ini manakala polis telah mengenal pasti identiti tiga lagi suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka masih giat dilakukan.

“Siasatan awal mendapati, lima suspek berkenaan telah ke pusat tahfiz itu sekitar 5.10 petang semalam dan tiga daripada mereka dipercayai bertindak menyerang seorang petugas tahfiz serta seorang pelajar di situ.

Akibat serangan itu petugas tahfiz berkenaan yang juga merupakan seorang ustaz telah cedera pada sebelah mata kanan dan menerima empat jahitan selain lebam pada badan manakala pelajar tersebut telah mengalami sakit badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Menurut beliau hasil siasatan awal juga mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat perasaan tidak puas hati bayaran makanan yang dikenakan di pusat tahfiz itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 kanun sama kerana menceroboh kawasan.

Sementara itu Azli merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu untuk mengesan suspek selain menasihatkan masyarakat supaya tidak menularkan video berkenaan dan membuat spekulasi berhubung kes itu. –



KAH KAH KAH

WOIT

TAHFIZ INI

NIAGA JUAL APA

KAH KAH KAH

JUAL AIR DOA

ATAU

JUAL PEPSI

KAH KAH KAH

SAMPAI PELANGAN

TAP PUAS HATI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: