Sabtu, 20 Ogos 2022

ZAHID CAKAP BETUL



Buat PRU15 sekarang atau BN akan kalah, kata Zahid

PILIHAN Raya Umum ke-15 perlu diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Zahid berkata BN sekarang berada pada tahap terkuat dan “sangat yakin” dengan peluangnya untuk menang.

“Umno tidak mahu pembangkang terus menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum bubar parlimen untuk menyerang BN.

“Apabila melengahkan PRU bermakna kita memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang,” katanya.

Zahid yang juga pengerusi BN itu berkata pembangkang sedang memperdaya rakyat dengan memutarbelit isu untuk menyerang BN dan Umno.

Zahid memetik pengakuan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang pembangkang kini sedang berpecah-belah.

Semalam Dr Mahathir dilaporkan berkata yang BN-Umno bakal “menang besar” jika PRU15 diadakan dalam dua tiga bulan akan datang kerana parti itu masih meraih sokongan rakyat sekarang.

“Segerakanlah atau Umno BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” kata Zahid.

Zahid juga merujuk wawancara bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Rashid Ab Rahman bersama The Malaysian Insight pada Jun lalu apabila ahli Bersatu itu berkata PRU15 sepatutnya diadakan sekarang bagi menggantikan kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat.

Bagaimanapun, pendapatan Rashid itu bukanlah pendirian rasmi Bersatu.

Zahid, antara ahli “kluster mahkamah” dalam Umno, adalah kumpulan yang giat mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya mengejut.  

Pengkritik berkata pilihan raya awal ketika Umno yakin akan menang, bakal membolehkan Zahid dan pemimpin parti itu yang lain yang sedang dibicara di mahkamah bebas untuk kembali berkuasa. – 20 Ogos, 2022.

ZAHID CAKAP

BETUL & BENAR

AMIN

INI AMARAN

UNTUK SABRI

YANG SENYAP

TAK KOMEN

BILA 

NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DI MAHKAMAH

AMIN

ZAHID LIHAT APA

BERLAKU PADA

NAJIB

AMIN

KALAU TAK BUAT

PRU SEKARANG

ZAHID AKAN SAMA

NASIB MACAM NAJIB

AMIN

KALAU PRU

LAMBAT MAKA

RAMAI PEMIMPIN

GEROMBOLAN

BEREHAT DLM JIL

AMIN

KALAU PRU 

SEKARANG 

GEROMBOLAN

AKAN MENANG

BESAR 

AMIN

PM BARU AKAN

BENARKAN ZAHID

TANGGUH BICARA

BENARKAN PEGUAM

LETAK JAWATAN

BUKAN SEMINGGU

TAPI BERTAHUN

SAMPAI FAIL KES

REPUT RAHAI

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: