Rabu, 24 Ogos 2022

ZAHID HAMIDI BANGUN MELAWAN


Zahid beri taklimat khas kepada pemimpin Umno Sabtu ini


PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi akan memberi satu taklimat khas Sabtu ini kepada pemimpin parti di peringkat bahagian, kata Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

Dalam mesej melalui Twitter, Ahmad menyebut taklimat itu, yang diadakan empat hari selepas Najib Razak masuk penjara, berkenaan “isu semasa terkini”.

“Standby, jemputan rasmi akan dibuat,” tulisnya.

Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 petang. Ia terbuka kepada semua ahli jawatankuasa Umno bahagian dan pimpinan parti “yang ingin hadir”.

Ahmad juga meminta mereka yang mahu hadir supaya memakai baju merah Umno.

Semalam, Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri terkait tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah tertinggi itu mendapati pembelaan Najib terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Selepas sidang rayuan selesai, Najib terus dihantar ke Penjara Kajang untuk mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selain dikenakan denda RM210 juta.

Awal hari ini, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan Umno akan terus bersama Najib dalam menghadapi perbicaraan kes lain terhadapnya “bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.”

Najib masih ada empat perbicaraan lain melibatkan kesalahan rasuah, pecah amanah, pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB, serta dakwaan meminda laporan akhir audit syarikat dana kedaulatan negara.

Perbicaraan dakwaan salah guna kuasa meminda laporan audit 1MDB dijadual disambung semula Jumaat ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan. – 24 Ogos, 2022.

WOIT

ZAHID HAMIDI

BANGUN MELAWAN

KAH KAH KAH

LAWAN SAPA

PULAK NI ?

KAH KAH KAH

LAWAN MAIL BERA

YG BELOT

KAH KAH KAH

MAIL BERA

BIARKAN

NAJIB NAZAK

SORANG DIRI

DI PENJARA KAJANG

KAH KAH KAH 

KITA TENGOK 

MAIL DATANG KE 

ATAU

ADA HAL LAIN

PADA MASA ITU

 KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wak jahit ni nak bagi taklimat ke wasiat dia pada umnoo...haahhhaaa