Jumaat, 9 September 2022

AJEN BARU CHINA MERAH



Najib lantik Nik Faisal kendalikan akaun Ambank, kata saksi

NAJIB Razak melantik bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil sebagai individu diberi kuasa yang mempunyai akses kepada akaun bank peribadinya, mahkamah tinggi diberitahu hari ini.

Saksi pendakwaan pengurus Ambank di cawangan Jalan Raja Chulan R Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Nik Faisal adalah kakitangan Najib yang diberi kuasa untuk akaun Ambank peribadinya yang berakhir dengan 694, 481, 880, 898 dan 906.

Beliau berkata Najib dalam surat bertarikh Mac 2011 memaklumkan bank itu mengenai pelantikan Nik Faisal sebagai kakitangannya yang diberi kuasa untuk mengakses akaun itu.

“Surat itu juga mengesahkan Najib bertanggungjawab ke atas transaksi seolah-olah ia dikeluarkan oleh dirinya sendiri,” kata Uma, saksi pendakwaan ke-37 kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.


Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdaa menteri ketika itu untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Beliau sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International Sdn Bhd. 

Saksi itu berkata Najib membuka dua akaun di Ambank - akaun simpanan berakhir dengan 481 dan akaun semasa berakhir dengan 694 pada 13 Januari 2011.

Kedua-dua akaun tersebut ditutup pada 26 Ogos 2013.

Tiga akaun lain berakhir dengan 880, 906 dan 898 - dibuka pada 31 Julai 2013 dan ditutup pada 9 Mac 2015.

Uma menambah selepas kedua-dua akaun itu ditutup pada Ogos 2013 Najib mengarahkan bank itu memindahkan RM150 juta ke salah satu daripada tiga akaun baharu berakhir dengan 880.

“Sebanyak RM12.4 juta lagi daripada akaun pertama turut dipindahkan ke akaun 880,” katanya.

Mahkamah juga mendengar sejumlah RM30 juta dipindahkan ke akaun 694 Najib pada Februari 2011 kemudian RM30 juta lagi dikreditkan ke dalam akaunnya pada Jun tahun yang sama.

Bagaimanapun saksi tidak menyatakan dari mana datangnya dua bayaran berjumlah RM60.5 juta itu.

Perbicaraan 1MDB Najib diteruskan pada Isnin. – 8 September, 2022.

MALAON INI

HILANG MACAM

JO LO

AMIN

APAKAH 

NIK FAIZAL

BERADA BERSAMA

JO LO DI CHINA ?

AMIN

WAJIB CARI

SAMPAI DAPAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: