Selasa, 13 September 2022

BELUM SAMPAI SEBULAN


Najib tidak sihat, hakim tangguh perbicaraan 1MDB


PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilapangkan hari ini selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi mendengar hari ini.

Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib dimasukkan ke hospital semalam.

““Najib telah jatuh sakit dan beliau kini dimasukkan ke wad di HKL sejak semalam. Saya diberitahu setakat pagi ini pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi, ujian tertentu akan dilakukan ke atas beliau yang mungkin mengambil masa beberapa hari lagi.

“Yang pasti, hari ini cuti Yang Arif, saya rasa esok juga mungkin beliau tidak dapat hadir.” kata Shafee kepada mahkamah hari ini.

Shafee juga berkata Najib tidak diberikan sijil sakit kerana dia dimasukkan ke wad.

Shafee turut mendedahkan Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) lewat hari ini untuk pemeriksaan lanjut.

Hakim Sequerah membenarkan penangguhan itu hari ini.

Beliau bagaimanapun mengarahkan mahkamah bermesyuarat pada pukul 2.30 petang esok bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi Najib sebelum membuat keputusan lanjut.

Ketika ditemui akhbar, Shafee menjelaskan tekanan darah Najib didapati tidak stabil tanpa sebab yang jelas.

“Beliau mengalami masalah kesihatan, kerana tekanan darahnya didapati turun naik. Puncanya tidak dapat dikesan jadi mereka sedang melakukan yang terbaik,” katanya.

Perbicaraan Najib semalam juga ditangguhkan pada waktu makan tengah hari apabila Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram memberitahu hakim Sequerah beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara keadaan Najib “agak teruk”.

“Ubat tekanan darah tertuduh ditukar dan ia memberi kesan buruk.

“Saya dimaklumkan keadaan Najib agak teruk, tetapi beliau bersedia untuk berada di sini (untuk perbicaraan) sehingga 12.30 tengah hari. Menjelang jam 2 petang beliau perlu dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor,” katanya.

Semalam anak perempuan Najib Nooryana Najwa menyiarkan di Instagram menyatakan permintaan bapanya dinafikan untuk diletakkan di bawah pemerhatian oleh doktor di HKL.

Beliau berkata Najib membuat permintaan itu selepas menjalani prosedur skop pada Sabtu, di mana beliau dikatakan mengalami pelbagai ulser perut.

“Semasa skop dibuat doktor di HKL juga melakukan biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan ulser itu terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan,” tulisnya di Instagram semalam.

“DSN (Najib) minta pemerhatian di HKL tetapi dinafikan, doktor discaj dan hari ini (semalam) DSN hadir di mahkamah.

“Doktor juga menukar ubatnya daripada yang biasa dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi tadi (semalam) ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan tekanan darah DSN adalah sangat tinggi berpotensi disebabkan oleh perubahan dalam ubat yang diberikan,” katanya. 

Lewat petang semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Najib hanya dibenarkan keluar dari HKL oleh pakar kerana berada dalam keadaan sihat.

Beliau juga berkata Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lepas atas kes elektif, bukan kecemasan dan dikendalikan oleh pakar bertauliah terdiri daripada ketua bidang masing-masing.

Noor Hisham berkata HKL turut mengadakan dua persidangan keluarga, yang dihadiri bekas perdana menteri dan ahli keluarganya.

Beliau berkata keputusan ujian yang dijalankan ke atasnya telah diberikan kepada mereka semasa pertemuan itu selaras dengan amalan perubatan profesional, sebelum beliau dibenarkan keluar.

Malam tadi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan memberi rawatan terbaik kepada Najib untuk kesihatannya.

Ahli Parlimen Bera itu melalui Twitter menyatakan beliau dimaklumkan mengenai keadaan ahli parlimen Pekan itu.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk memberikan rawatan terbaik yang beliau perlukan.

“Saya berdoa agar beliau cepat sembuh,” tulisnya di Twitter. – 13 September, 2022.

APAKAH INI

TEATER ?

AMIN

INI BUKAN TEATER

INI BETUL SAKIT

AMIN

NAJIB ANAK

ORANG KAYA

TAK BIASA SUSAH

SEMUA DISEDIAKAN

AMIN

HIDUP TAK 

PERNAH SUSAH

AMIN

KINI DALAM SEL

SEORANG DIRI

PASTI JATUH SAKIT

AMIN

LALU SOALAN

TIMBUL:

BELUM SATU

BULAN DAH SAKIT

10 TAHUN 

BAGAIMANA ?

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: