Sabtu, 10 September 2022

SAEKOR LAGI JO LO



Pihak berkuasa AS tawar AS$40,000 untuk tangkap Fat Leonard

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sehingga AS$40,000 (RM180,00) kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat mengenai ahli perniagaan Malaysia Leonard Glenn Francis yang diburu berkait skandal rasuah tentera laut negara itu.

Francis yang lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’, melarikan diri dari tahanan rumah di San Diego minggu lepas.

United States Marshal Service (USMS) dalam satu kenyataan berkata kontraktor tentera itu diburu kerana melanggar syarat pra perbicaraannya.

“USMS menawarkan ganjaran sehingga AS$40,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan Leonard Francis.

“Juga dikenali sebagai ‘Leonard Fat’, Francis dikehendaki kerana melanggar syarat pembebasan praperbicaraannya. Dia disabitkan bersalah merasuah pegawai tentera laut,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Selasa lalu, Timbalan Penyelia Marsyal AS Omar Castillo dipetik The San Diego Tribune berkata Francis melarikan diri dengan memotong gelang kaki GPSnya pada Ahad tanpa kebenaran. Polis juga mendapati rumahnya telah dikosongkan.

Jirannya juga dilaporkan ternampak trak bergerak masuk dan keluar dari rumahnya beberapa sebelum itu.

Francis sepatutnya dijatuhkan hukuman pada 22 September. – 10 September, 

JELAS

BUKAN SAJE

BADMINTON KITA

BERTARAF DUNIA

AMIN

PERASUAH PENCURI

PENIPU & PELACUR

KITA KINI BERTARAF

DUNIA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha. Regu badminton mesia bertaraf dunia tp ada 2 lg rekod regu dunia akan dipecahkan. Regu suami isteri kalu rosmah sangkut sbg regu pertama dunia masuk jel. Regu suami isteri kedua pula sedang dlm proses pembikinan diantara bung mokhtar + zizie zezett. Idup mesia

Tanpa Nama berkata...

Jo Lol ada mana mana, penipu ada mana mana tapi yang penting jangan kena tipu, jangan kena game, yang pegang kuasa, yang pegang kunci jangan jadi bodoh, biar amanah ada telus ini yang ada semua kaki sapu belaka maka ramai lah Jo Lol akan muncul, cukong akan muncul support duit supaya akan untung belakang hari kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bertahun tahun cari tak jumpa Jo Lol, kah kah hebat hebat belaka, tarak malu sendiri pun sampai orang kutuk, pun tarak malu woit kah kah susah kalau jenama badak kulit TEBAL, ini dalam negara pun susah cari apa kan pulak luar negara, susah cari atau tak mahu cari???? Kah kah kah Jo Low Masih hebat Masih kaya Masih Cemerlang kah kah kalah satu Dua pasukan,