Jumaat, 14 Oktober 2022

NAJIB BUAT KERENAH LAGI

 

Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tiada merit, kata pendakwaan


PIHAK pendakwaan kes Najib Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa bekas perdana menteri itu diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dipohon Najib di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai merit dan digunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

“Pendapat pemohon (Najib) bahawa kes ini merupakan kes yang sesuai dan sewajarnya untuk Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa dan bidang kuasa sedia ada di bawah Peraturan 137 adalah salah dan tidak bermerit.

“Fakta dan hal keadaan kes ini tidak membolehkan penggunaan Peraturan 137 memandangkan kes ini tidak menunjukkan hal keadaan yang luar biasa untuk semakan dilakukan kecuali bidang kuasa ini disalahgunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan,” katanya dalam afidavit jawapan difailkan untuk menjawab afidavit sokongan Najib yang diikrarkan pada 6 September lepas.

Mohd Ashrof, yang memfailkan afidavit jawapan itu pada 7 Oktober lepas, berkata bidang kuasa sedia ada pada mahkamah tidak seharusnya digunakan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan merit sebaliknya akan menyebabkan tiada proses litigasi yang muktamad.

“Kes ini (semakan Najib) bukanlah kes luar biasa yang semakan semula boleh dibenarkan. Oleh itu permohonan semakan ini wajar ditolak oleh mahkamah,” katanya.

Mohd Ashrof berkata tiada alasan untuk pemohon terperanjat atau terkejut apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

Katanya, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa hukuman yang dikenakan terhadap pemohon tidak berlebihan dan mengesahkan sabitan dan hukuman. 

“Pihak responden (Timbalan Pendakwa Raya) juga tidak mencabar kadar hukuman dikenakan ke atas pemohon. Oleh itu, saya menyatakan bahawa tiada apa-apa tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berhubung hukuman dikenakan ke atas pemohon oleh Mahkamah Persekutuan,” kata Mohd Ashrof.

Najib, 69, memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya itu kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.

Beliau turut memohon agar diberi kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas yang menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, atau penjara lima tahun.

Secara alternatif, Najib memohon agar rayuan itu didengar semula oleh korum Mahkamah Persekutuan yang baharu dan terdiri sekurang-kurangnya daripada tujuh hakim.

Najib, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, juga memohon penangguhan pelaksanaan sabitan dan hukuman sementara menunggu pendengaran permohonan semakan itu.

Afidavit Najib yang difailkan bagi menyokong permohonan itu menyatakan bahawa beliau benar-benar percaya dan telah dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. – Bernama, 13 Oktober, 2022.

NAJIB NAZAK

BUAT KERENAH

LAGI

KAH KAH KAH

TUDUH HAKIM

TAK ADIL

KAH KAH KAH

TUDUH 12 TAHUN

TAK PADAN

KAH KAH KAH

WOIT

AJAR NAJIB

BILA MERAYU

TAMBAH DARI

12 KE 25 TAHUN

BIAR DIA JAGA

IMAM PENJARA

KAJANG

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Nazrio berkata...

duit-duit yg dia kedarah tu boLeh dapat baLik ke kerajaan ke hangus begitu je atau jadi harta pusaka anak beranak dia je

Tanpa Nama berkata...

bukan tu ari ada cadangan ke nak buat pengundian dalam penjara.. geng2 boleh pilih siapa nak jadi YDPBandu... alang2 najib nak buat rekod, ex-peeM pertama yg kena cekop, jadi la pulak ketua pelajar.. ehhh salah... ketua bandua pertama... esok2 bile mem masuk pulak, bley jadi flob... lu pikir la apa maksud flob...

panglimo potaseh berkata...

Najib buat kerenah ??? .. tulah di manjokan sangat ..patot nyo kok Sakau ni buek hal, simbah jo dgn air longkang dlm ponjaro tu. Den ponah baco gimano Abam, Kassim Ahmad, Pak Sako, Boestamam di layan macam hanjing dlm ponjaro ..