Khamis, 20 Oktober 2022

KEMPEN WAJIB MENGUNDI


Tiada jaminan ramai pengundi kali pertama keluar mengundi, kata pemerhati

PENINGKATAN bilangan pengundi baharu susulan kemasukan Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik mungkin tidak menjamin peratusan keluar mengundi yang tinggi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pemerhati politik.

Mereka berkata terdapat beberapa faktor yang boleh menghalang pengundi kali pertama daripada menggunakan hak mereka dan terpulang kepada parti politik untuk meyakinkan mereka keluar pada hari pengundian.

Jumlah pemilih berdaftar di Malaysia kini mencecah 20.6 juta orang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 5.61 juta pemilih baharu. Sebagai perbandingan, pada PRU 2018 terdapat hanya 14.9 juta pemilih berdaftar.

Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisomuddin Bakar memberitahu The Malaysian Insight terdapat tiga segmen pengundi kali pertama dengan setiap kategori mempunyai keutamaan tersendiri.


Beliau berkata peluang terbuka kepada semua parti untuk memenangi pengundi kali pertama jika mereka dapat memenuhi keperluan dan membuat tawaran lebih baik kepada kumpulan itu.

“Terdapat pemilih berusia umur 18 hingga 20 tahun yang kini mendaftar dalam sistem pilihan raya, kemudian anda mempunyai pengundi kali pertama yang tidak layak mengundi (dalam PRU lalu) tetapi kini layak, serta pengundi kali pertama yang tidak pernah namanya didaftarkan walaupun layak dari segi umur.”

“Bagi pengundi muda yang pertama kali mengundi, mereka lebih kritikal bagi sesebuah parti politik dan juga kerajaan. Mereka sedar situasi politik dan terkesan dengan kos sara hidup.”

“Tetapi bagi mereka yang lebih tua, yang juga pengundi kali pertama, mereka menyatakan dengan jelas tidak berminat untuk mengundi. Mereka akan membuang undi,” kata Hisomuddin.

Bagaimanapun, katanya terdapat golongan tertentu dalam kalangan belia yang mungkin tidak keluar mengundi sebagai tanda protes serta pengundi atas pagar yang mungkin menunggu sehingga saat-saat akhir untuk keluar mengundi.

“Dalam segmen belia, ada tiga kumpulan. Terdapat kumpulan yang tidak akan menyokong pilihan raya. Mereka membantah kerana berasa mungkin akan dikhianati lagi.”

“Kedua, pengundi atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi menunggu untuk mendengar tawaran daripada parti politik dan akan mengundi sebaik sahaja tawaran dibuat.”

“Dan golongan ketiga ialah belia yang tinggal bersama ibu bapa mereka. Kumpulan ini akan mengundi mengikut kehendak ibu bapa dan tinggal di kawasan luar bandar.”

“Menariknya, kali ini peluang terbuka untuk semua pihak. Siapa yang boleh membuat tawaran lebih baik atau mana-mana parti yang boleh menjamin kerajaan stabil atau mewujudkan peluang pekerjaan serta menyelesaikan masalah negara berpeluang memenangi undi daripada pengundi kali pertama,” kata Hisomuddin.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang dikenali sebagai Undi18, menurunkan umur minimum pengundi dan calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun. Akta itu juga termasuk pendaftaran pemilih automatik.

Kini terdapat tambahan 1.06 juta pengundi di Selangor, diikuti Johor (748,955), Sarawak (665,543), Perak (495,190) dan Sabah (481,477).

Jumlah di Perlis, Putrajaya dan Labuan meningkat masing-masing sebanyak 41,746, 19,670 dan 17,044 pengundi.

Pandangan ahli akademik Dr Mazlan Ali juga tidak jauh berbeza daripada Hisomuddin dengan berkata jika bilangan pengundi kali pertama meningkat pada hari pengundian, keputusan itu mungkin memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau meramalkan tidak ramai pengundi kali pertama akan keluar pada hari pengundian, dengan mengambil contoh pilihan raya negeri Johor.

“Berdasarkan kajian saya, pengundi kali pertama tidak mengetahui situasi politik semasa dan kemungkinan tidak akan mengundi adalah tinggi, melainkan parti politik mampu meyakinkan mereka,” kata Mazlan.


SEMUA PARTI

YANG NAK

LAWAN BN

WAJIB KERJA

KERAS  

AMIN

KEMPEN KAU KAU

MINTA RAKYAT

TURUN MENGUNDI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

wabwas berkata...

Iyo la tau dah kena turun.. Tapi nk ngundi mana? PH ke PN? Ekau ni pun kempen la bagi jelas sikit