Khamis, 3 November 2022

ANWAR - ZAHID KERJASAMA ?


Muhyiddin beri amaran kepada penyokong Umno berhubung kerjasama Anwar-Zahid pasca PRU15


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah dan Presiden PKR Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika parti itu tidak mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Bercakap dalam acara di Kuala Berang , Muhyiddin berkata kerjasama antara dua pimpinan parti itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu, kerana Anwar akan membawa sama komponen parti Pakatan Harapan (PH) lain termasuk DAP dalam membentuk kerajaan.

“Adakah orang yang sokong Umno mahukan ini terjadi? Kalau tidak mahu maka orang Umno perlu sokong PN bagi elak musibah berlaku,” kata Muhyiddin dipetik Astro Awani.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali mendedahkan pemimpin utama DAP Lim Guan Eng, yang merupakan menteri kewangan ketika PH menguasai pentadbiran kerajaan telah menyekat peruntukan program ekonomi Melayu di bawah Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Selain itu, Azmin turut berkata Lim turut memotong peruntukan projek membaiki jalan Felda sehingga ia menyebabkan keretakan besar dalam pentadbiran PH ketika itu.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan pandangan penganalisis mengenai kerjasama sedemikian, di mana Ahmad Martadha Mohamed dari Universiti Utara Malaysia berkata ia hampir mustahil berlaku kerana parti komponen PH mempunyai perjuangan dan ideologi yang berbeza.

Namun, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata kerajaan BN-PH masih boleh berlaku sekiranya kedua-dua gabungan politik ini memiliki pecahan kerusi Parlimen sama rata.

Dalam pada itu, Muhyiddin, menggesa jentera PN menyedarkan penyokong Umno dan meyakinkan mereka untuk mengundi PN pada PRU15 nanti.

Menurutnya, usaha menyedarkan orang Melayu dan penyokong Umno mengenai isu DAP dalam pentadbiran adalah jihad yang perlu diteruskan.

“Kalau kita tidak ambil langkah dan beri kefahaman yang betul, mereka akan undi BN dan PH, saya takut kalau lepas PRU kita hadapi (musibah) yang teruk,” katanya.

KERJASAMA

INI BAIK UNTUK

STABIL NEGARA

AMIN

KALAU PH & BN

KERJASAMA

BANYAK PEKARA

BOLEH SELESAI

AMIN

TAK PERLU LAGI

GUNA HANTU CINA

UNTUK TAKUTKAN

ORANG MELAYU

AMIN

KHALAS

6 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kalau Abam JV dgn Ponorogo ..bilo monang Ponorogo kono Jil tak ..Azeez kono jil tak ..nanti Mamppadulong cam no pulak ..kahkahkah masok mulot rimau keluar bontot babi ..kahkahkah ..biar tak monang janji hensem ..biar tak lilit sorban tapi tak menchuri ..

panglimo potaseh berkata...

Kalau Abam JV dgn Ponorogo ..bilo monang Ponorogo kono Jil tak ..Azeez kono jil tak ..nanti Mamppadulong cam no pulak ..kahkahkah masok mulot rimau keluar bontot babi ..kahkahkah ..biar tak monang janji hensem ..biar tak lilit sorban tapi tak menchuri ..

Tanpa Nama berkata...

Nak dapat undi Melayu Cina India lain lain kena buat macam macam kah kah kalau solo mungkin tak masuk, sebab ITU kena lihat apa polisi dasar nak dibawa bukan kaim agama sama sama fikir lah, Mahyudin ada apa kelebihan berbanding Zahid Anuar woit kah kah dah rasa burit putih melepak, dah sapu sama sama saja, tak ada beza cuma depan atau pintu belakang kah kah kah kalau tak kena tangkap tak salah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik jika ada persefahaman antara 2 parti dipanggil kerjasama tp bila imigresen buat persefahaman dgn penyeludup warga asing dipanggil bersubahat nape tak kerjasama.

wabwas berkata...

Satu je nak posan.. ekau kalau nak beri pencerahan, beri pencerahan sekarang sebelum pru ni. Kojap kuburkan gerombolan, kojap baik pulak untuk negaro. Esok dah lepas pru x guno dah ekau sibuk nk tulis merakam sejarah la.. mat songel la bendo dah lepas. Sekarang yo tt.. den tunggu ni

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tt berterus terang. Ape pendapat tt tentang dap? Betul ke mereka ini anti melayu. Betul ke mereka nak buat malaysia jadi mcm singapura?