Khamis, 3 November 2022

JENERASI INTERNET


Polis tahan anak disyaki pukul emak sebab tak kemas rumah

POLIS menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata semasa kejadian suspek yang berusia 19 tahun dikatakan bertindak mengunci pintu hadapan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.

Bertindak atas laporan dibuat ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga Sabtu (5 November) ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.

Beliau turut mengesahkan kejadian berkenaan bukan kali pertama dan pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya. – Bernama, 2 November, 2022.

WOIT

INI JENERASI

INTERNET

WHATAPPS

KAH KAH KAH

JENERASI

MELINIAL

KAH KAH KAH

POLITIKUS

MENCURI

AMIN

ANAK PUKUL

EMAK

AMIN

LAGI 10 TAHUN

MACAM MANA

AGAKNYA DUNIA

KITA INI

AMIN

FENOMENA INI

SDG BERLAKU

DI SELURUH DUNIA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak ini tak takut neraka sebab orang dulu kata syurga bawah tapak kaki ibu, ini ibu pun dia pijak, dia sudah bersedia masuk neraka, apa pun kena rujuk ustaz nenas dulu, nak dapat pandangan nak dapat ceramah boleh rujuk NENA's.com.mu kah kah kah