Rabu, 2 November 2022

ZAHID BAKAL PERDANA MENTERI



Ahmad Zahid mahu jadi PM ke-10, kata penganalisis


AHMAD Zahid Hamidi cuba meletakkan dirinya sebagai bakal perdana menteri Umno tetapi untuk merealisasikan impiannya penyandang parlimen Bagan Datuk itu perlu mewujudkan penyokong setia, kata pakar.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight senarai calon Parlimen Umno yang diumumkan malam tadi padat dengan penyokong Ahmad Zahid.

Presiden Umno itu ketika mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) malam tadi, menggugurkan beberapa veteran Umno seperti Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Zahidi Zainul Abidin selain tidak mendedahkan calon untuk Parlimen Tanjung Karang, Jempol, dan Kuala Nerus.

Ketiga-tiga kerusi itu telah menjadi topik hangat sejak beberapa hari ini atas sebab yang berbeza.

Semalam muncul klip video menunjukkan penyokong Noh Omar menangis selepas mendengar berita beliau digugurkan daripada bertanding di Tanjung Karang.

Walaupun cuma beberapa jam sebelum pengumuman Ahmad Zahid, klip video itu menunjukkan Noh kelihatan muram keluar dari pusat khidmat ketika penyokongnya melaungkan sokongan terhadapnya.

Noh merupakan ahli Parlimen Tanjung Karang enam penggal dan dilihat secara meluas sebagai panglima perang parti di Selangor. Beliau juga merupakan ketua Umno dan BN Selangor.

Namun dilaporkan Ahmad Zahid tidak berminat mengekalkan Noh malah merancang untuk menggugurkannya bersama beberapa veteran Umno yang juga menteri dalam Kabinet Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada The Malaysian Insight Hisomudin Bakar dari Ilham Center berkata jelas Ahmad Zahid mahukan pasukan ahli Parlimen yang boleh mengikut arahan parti.

Memetik insiden membabitkan Muhyiddin Yassin ketika presiden Bersatu menjadi perdana menteri, Hisomuddin menjelaskan Ahmad Zahid tidak mahu ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan parti.

“Apabila Umno mahu tarik balik sokongan kepada Muhyiddin ada ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan Ahmad Zahid. Beliau tidak mahu perkara ini berulang.”

“Oleh itu beliau letak muka baru yang akan bersetuju dalam hal parti. Pastinya beliau juga meletakkan dirinya untuk menjadi perdana menteri, tetapi sebelum beliau boleh berbuat demikian, beliau perlukan pasukan yang boleh mengikut arahan parti,” kata Hisomuddin.

Umno dan PKR pilih calon yang setia kepada presiden

Bersetuju dengan Hisomuddin ialah Badrul Hisyam Ismail dari Iman Research yang berkata jelas Ahmad Zahid sedang mengintai jawatan tertinggi negara.

Namun tambahnya menarik untuk melihat perkembangan terkini dalam Umno yang mirip apa yang berlaku dalam PKR,yang juga menggugurkan calon yang dianggap sebagai pembangkang terhadap kepimpinan.

“Menarik melihat perkembangan terbaru ini. Semasa Umno cuba ganti muka lama, PKR juga buat perkara sama. PKR calonkan mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim.

“Mereka yang sehaluan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali tidak dinamakan sebagai calon. Jadi bagi saya sangat menarik untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya. Apa yang jelas Umno dan PKR mahukan ahli Parlimen yang boleh kekal setia kepada presiden mereka,” kata Badrul.

Malaysia akan mengundi pada 19 November. Pengundian awal pada 15 November. Hari penamaan calon pada 5 November. – 2 November, 2022.


WOIT

ZAHID LAYAK

JADI PM

KAH KAH KAH

ZAHID BERANI

BUNUH SEMUA

WARLORD DALAM

GEROMBOLAN

AMIN

ZAHID BOLEH

CAKAP INGLIS

KAH KAH KAH

ZAHID

CAKAP INGLIS

LEBIH BANYAK

DARI MAIL BERA 

AMIN

INI TANDA SATU

PENINGKATAN

UNTUK NEGARA

KAH KAH KAH 

KHALAS

AMIN




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Warlord warlord, muhyidin, Anwar, rapizi semua tahu Zahid nak jadi pm. TT dengan geng atuk saja dok buat jangkaan bodoh umno akan berkhemah besar dengan pkr dan Anwar jadi pm. Kahkahkahkah. Koyak teruk geng atuk nampaknya takdak modal lain nak hentam Anwar.

panglimo potaseh berkata...

PH, PN ..GTA vs BN ..kompom Zahid Ponorrogo menang ..lu tingok di Molako dan Johor ari tu, apo jadik ..bangang macam tolo ..