Ahad, 13 November 2022

ZAHID PANDAI BUAT JANJI



Zahid janji tawar jawatan menteri jika tidak bertanding PRU15, kata Anifah

BEKAS ahli Parlimen Kimanis empat penggal Anifah Aman berkata beliau menolak tawaran jawatan menteri daripada Barisan Nasional (BN) sebagai balasan untuk beliau tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang, lapor The Star.

Beliau mendakwa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang membuat tawaran itu meminta beliau memulangkan semula kerusi itu dan menyokong calon mereka.

“Saya diminta di kawasan saya Kimanis bahawa Presiden Umno menjanjikan saya supaya jangan tanding dan bantu calon BN dan dia akan bagi saya jawatan Menteri Luar dan lantik Senator.

“Itu (tawaran jawatan) bukan saya kehendaki. Apa yang saya kehendaki ialah lunaskan apa-apa termaktub dalam Perlembagaan dan MA63. Itu perjuangan saya,” katanya pada ceramah Pakatan Harapan malam tadi.

Anifah berkata beliau tidak bertanding pada PRU15 kerana mahu menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan calon mereka.

Beliau juga menyokong Anwar sebagai perdana menteri seterusnya untuk memulihkan keadaan ekonomi semasa.

“Kita perlukan seorang pemimpin yang boleh mengendalikan keadaan ekonomi kita sekarang. Dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar, bekas menteri kewangan terbaik di Asia.

“Anwar seorang pemimpin yang betul-betul menaruh hati rakyat. Saya minta rakyat beri peluang untuk jadi perdana menteri kita,” katanya.

Mengenai MA63 beliau berkata sebelum ini beliau menggesa bekas perdana menteri Najib Razak supaya perjanjian itu dilaksanakan dan 40% hasil bersih yang dihutang oleh Putrajaya dikembalikan kepada Sabah.

“Ini kerana ini akan menjamin masa depan yang lebih baik untuk belia kita membolehkan mereka menceburi industri kecil, menghantar anak ke universiti serta memberi modal perniagaan wanita,” katanya. – 13 November, 2022.


ZAHID 

DAH PANDAI

BUAT JANJI

KAH KAH KAH

INI SABAH BAAA

KIRI KANAN

MASYUUUUK

KAH KAH KAH

KITA LIHAT

APAKAH SABAH

AKAN SOKONG

PAKATAN ???

JENG JENG JENG

AMIN 

KHALAS

Tiada ulasan: