Sabtu, 24 Disember 2022

MANGSA BERTAMBAH




Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak, Perak meningkat

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Sarawak dan Perak terus merekodkan peningkatan manakala Kelantan, Terengganu dan Johor berkurangan setakat malam ini.

Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud meningkat kepada 68 mangsa daripada 21 keluarga malam ini berbanding 13 mangsa daripada lima keluarga petang tadi.

Selain itu, fenomena air pasang besar menyaksikan seramai 276 mangsa daripada 61 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pitas malam ini berbanding 223 mangsa daripada 52 keluarga petang tadi, sebagai langkah berjaga-jaga.

Di SARAWAK, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 363 orang daripada 93 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 305 orang daripada 73 keluarga petang tadi.


Kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS membabitkan dua di bahagian Bau, tiga di Samarahan dan masing-masing satu di Serian dan Kuching, manakala PPS Dewan Masyarakat Ladong, Sebuyau ditutup malam ini.

Di PERAK, seramai 65 orang daripada 16 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk setakat 8 malam ini.

Sekretariat JPBN berkata PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) mencatatkan sedikit pertambahan iaitu 51 mangsa daripada 10 keluarga yang terjejas akibat bencana itu membabitkan daerah Hilir Perak.

Beliau berkata PPS berkenaan sebelum ini menempatkan 37 mangsa daripada tujuh keluarga iaitu penduduk di Kampung Batu 7, Lorong Mesra Changkat Jong.

Di KELANTAN seramai 17,398 mangsa banjir daripada 5,818 keluarga berlindung di PPS direkodkan berkurangan berbanding 18,924 mangsa banjir daripada 6,182 keluarga pada petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan 48 PPS di lima jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di TERENGGANU juga menurun daripada 23,634 petang tadi, kepada  20,552 dengan kesemuanya ditempatkan di 153 PPS di semua lapan daerah.

Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di sebuah PPS di Segamat menurun sedikit kepada 32 orang setakat pukul 8 malam ini berbanding 34 orang petang tadi. – Bernama, 23 Disember, 2022.


TAHUN DEPAN

AKAN LAGI TERUK

AMIN

INI WATAK

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

Tiada ulasan: