Khamis, 15 Disember 2022

HADI DAN GULAI KAWAH DAP




Slogan menentang

 rasuah, perompak,

 lanun hanya 

kepura-puraan – Hadi
KUALA LUMPUR – Parti DAP didakwa sebagai golongan yang berpura-pura menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku.

Presiden Pas  Abdul Hadi Awang mendakwa, kepura-puraan tersebut jelas apabila parti tersebut telah bergabung dengan pihak yang dikutuk oleh mereka.

“Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja.

“Hal ini jelas berlaku apabila semua pihak yang dikutuk tersebut diajak untuk bergabung bersama dan diajak sesiapa sahaja, dalam kerajaan yang dibentuk bagi mencukupkan jumlahnya dengan cara begitu rupa tanpa rasa malu,” kata Abdul Hadi.

Dalam serangan terbaharu terhadap DAP yang kini menjadi kerajaan bersama-sama beberapa parti termasuk UMNO, Abdul Hadi berkata, pemimpin DAP telah mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam.

Bagaimanapun katanya, Pas mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP berhubung ‘gelombang hijau’ yanng berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Pas mengalu-alukan kenyataan pemimpin DAP yang mendedahkan wajahnya yang sebenar terhadap Islam, apabila mereka membuat kenyataan kemarahan terhadap kejayaan Pas yang diberikan nama gelombang hijau dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

“Sehinggakan, berlakunya gerakan bagi menghalang penubuhan kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh Pas dengan cara yang terang lagi bersuluh, walaupun melalui tangan-tangan ghaib yang tersembunyi.

“Mereka mengoyakkan topeng yang melindungi wajahnya yang sebenar, supaya lebih meyakinkan kita kepada perjuangan Islam dan mengenali siapakah kawan dan lawan,” dakwa Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam satu artikel bertajuk ‘Reformasi diimport melawan gelombang hijau’ yang dikongsi di media sosial.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, cara terkini kumpulan tersebut ialah mewujudkan gabungan yang bersedia mencari kemenangan dengan wajah yang berubah-ubah melalui sokongan pihak Islam yang bebal dan pihak yang nyata bermusuh terhadap Islam.

Katanya, perjuangan mereka melalui ideologi pragmatik disembunyikan dan berpura-pura dengan wajah yang dapat menarik kalangan yang beragama sehingga boleh ditipu.

Kumpulan itu juga kata Abdul Hadi, berjaya ditarik kerana jahil agama atau tidak beragama.

WOIT

INI SAMALAH

MACAM MAKAN

GULAI KAWAH

KAH KAH KAH

HAKIKATNYA

PARTI POLITIK

HENDAK KUASA

AMIN

PARTI PAS PUN

SAMA

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

ADA TITAH

TUANKU

AMIN

SELAMAT KAN

MALAYSIA JADI

TALIBAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: