Rabu, 18 Januari 2023

SATU. LAGI KES NAJIB



Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri 3 Mac ini

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 Mac ini untuk keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Sebelum ini Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Januari untuk menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi mengesahkan tarikh baharu keputusan itu dan memaklumkan pihaknya menerima e-mel daripada mahkamah hari ini.

Beliau berkata berdasarkan e-mel itu Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas menyatakan keputusan kes yang ditetapkan pada 30 Januari dilapangkan dan semua pihak tidak perlu hadir pada tarikh berkenaan.

“Tarikh baharu untuk keputusan ditetapkan semula pada Jumaat, 3 Mac jam 9.30 pagi,” katanya.

Pada 7 September 2022 pihak pendakwaan menutup kesnya selepas mengemukakan 16 saksi termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (NAD) Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama, 18 Januari, 2023.


WOIT

MASUK AKAL

KAH

PENCURI

PENIPU

PEMBUNUH

PENYAMUN

DI BEBAS

AMIN

KALAU BEBAS

ADA SESUATU

TAK KENA

KHALAS 

JUSTERU

 HALANG PENCURI

 KEMBALI

 BERKUASA

KHALAS




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa kena halang madey ? kah kah kah.. tak kan nak suruh orang tua tu halang.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT, jika Najib kena tipu malang sungguh kita menjadi rakyat dapat seorang PM yang paling bodoh yang senang senang ditipu oleh semua orang, betul tak?