Rabu, 25 Januari 2023

TOWKAY TANYA RAFIZI



Harga bahan mentah makanan tidak turun sejak 2020, kata Mydin

HARGA bahan asas utama makanan tidak turun malah tidak juga menunjukkan trend berkurangan sejak 2020, kata pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin.

Mydin adalah sebuah rangkaian pemborong dan peruncit terbesar di Malaysia.

Harga bahan mentah yang dipakai oleh peniaga makanan sebaliknya naik antara 10% hingga 15% pada tempoh yang sama, katanya.

“Nak kata harga ayam, tak turun. Nak kata telur, tidak cukup. Nak kata daging, harga memang sudah lama naik. Kalau tepung atau gula, harganya stabil tapi tidak turun,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian.

Ameer mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini yang menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran turun.

Menurut Ameer, beliau tidak begitu jelas dengan penurunan harga yang dimaksudkan oleh Rafizi.

“Menteri perlu beri perincian harga barang yang sudah turun itu,” katanya.

Ameer memberi contoh misalnya harga minyak masak di pasaran masih tidak berubah sementara sayur-sayuran pula bergantung kepada keadaan bekalan dan cuaca semasa.

Dalam pada itu, Ameer berkata harga beberapa barangan makanan dan bahan jenama antarabangsa dijangka meningkatkan kira-kira 5% bermula bulan depan.

Jelasnya, sektor perniagaan peruncitan kini berhadapan dengan peningkatan kos operasi, antara lain kerana penarikan subsidi tarif elektrik, pelaksanaan peraturan baharu bayaran kerja lebih masa untuk pekerja dan kekurangan tenaga kerja. – 25 Januari, 2023.


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PASAI APA

HARGA BARANG

RAFIZI TIMBUL

KAH KAH KAH

INI JABATAN

DIA ATAU MAT SABU

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: