Isnin, 20 Februari 2023

SARJAN MATI DITEMBAK BELAKANG BALAI

 


Sarjan maut ditembak di belakang balai polis Bayan Lepas

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan dalam kejadian di kawasan belakang balai polis Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun itu yang bertugas di balai berkenaan.

“Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan.

Menurutnya, polis menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. – Bernama, 19 Februari, 2023.

WOIT

BUKAN SPEKULASI

TAPI INI BUAT SASPEN

AMIN

MATI DITEMBAK

BELAKANG BALAI

AMIN

BUNUH DIRI ?

GADUH ?

JANJI BOCOR ? 

ATAU ADA HANTU ?

AMIN

PISTOL SAPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: