Khamis, 2 Mac 2023

CUACA BERUBAH - MANGSA BERTAMBAH



Mangsa banjir di Johor

 melonjak lebih

 25,000 orang

Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di Johor meningkat kepada lebih 25,000 di 10 daerah setakat pagi ini. 

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata 25,213 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi.

Lebih 9,000 mangsa dipindahkan akibat banjir di 6 negeri


Lebih 9,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri termasuk Melaka dan Pahang yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir setakat malam ini. 

Di Melaka, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan 22 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Jasin dan Alor Gajah dengan 18 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Bukit Balai, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan di Jasin dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan pada 4.30 petang.

“Empat mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek di Alor Gajah pula dipindahkan ke Balai Raya Bukit Tambun, juga pada 4.30 petang. Pendaftaran mangsa di PPS SK Chohong, Jasin sedang dilakukan selepas ia dibuka pada 7 malam ini,” menurut kenyataan itu.

Di Pahang, banjir berlaku di empat daerah iaitu Rompin, Jerantut, Pekan dan Maran dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 293 orang. 

Polis Daerah Rompin menerusi hantaran di laman Facebook rasmi memaklumkan seramai 164 mangsa dipindahkan ke tiga PPS di Balai Raya Perwira Jaya, Balai Raya Kampung Rekoh dan Balai Raya Bukit Ibam.  

Pada masa sama,  APM daerah Jerantut memaklumkan sebuah PPS dibuka di SK Felda Kota Gelanggi 1 bagi menempatkan 77 mangsa selepas rumah mereka dinaiki air dari Sungai Siam yang melimpah ekoran hujan lebat sejak semalam.

Di Pekan, 45 mangsa ditempatkan di Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter dan mangsa banjir di Maran melibatkan sebuah keluarga dengan tujuh orang di Felda Jengka 6.

Di Negeri Sembilan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam memaklumkan terdapat pertambahan empat PPS menjadikan keseluruhan enam PPS dibuka membabitkan Jempol, Tampin dan Kuala Pilah setakat 9 malam yang menempatkan 145 orang daripada 40 keluarga.

PPS terbabit ialah Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4, Balai Raya Pasir Besar dan SK Gedok di Tampin selain SK Felda Palong 7 dan SK Felda Palong 1 di Jempol serta Dewan Desa Dangi (Kuala Pilah).

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus melonjak kepada 9,162 orang dengan Muar menjadi daerah terbaharu yang terjejas menjadikan keseluruhan sembilan daerah setakat 8 malam berbanding 7,981 orang pada 4 petang. 

“Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 767 keluarga dipindahkan ke 30 PPS diikuti Johor Bahru dengan 609 keluarga di 11 PPS, Kota Tinggi seramai 404 keluarga di 17 PPS dan Kluang melibatkan 409 keluarga di 10 PPS,” menurut kenyataan JPBN malam ini.

Turut terjejas daerah Muar yang menyaksikan 179 keluarga ditempatkan di sembilan PPS diikuti Kulai (190 keluarga di enam PPS), Mersing (14 keluarga di dua PPS) dan Tangkak (lima keluarga di dua PPS).

Sementara itu, di Sarawak, jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan menurun kepada 127 orang daripada 34 keluarga malam ini berbanding 169 orang daripada 50 keluarga petang tadi.

Menurut JPBN Sarawak, setakat malam ini, tiga PPS yang masih dibuka melibatkan PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa di Kuching yang menempatkan 80 mangsa daripada 19 keluarga, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai di Siburan (27 mangsa daripada tujuh keluarga) dan PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau (20 mangsa daripada lapan keluarga).

Di Sabah, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 108 orang daripada 24 keluarga masih berada di PPS Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod malam ini.

KITA JAGA KITA

KITA BANTU

KITA

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banjir di johor adalah disebabkan dosa bangsa johor yg menghalang niat suci dan berahi para ulama PAS utk menyebarkan kebencian yg dinamakan kasih sayang..