Rabu, 8 Mac 2023

NAJIB SAMBUNG BELAJAR



Najib sambung belajar dalam penjara, kata menteri

NAJIB Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun dengan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat lepasan ijazah, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, menteri dalam negeri berkata bekas perdana menteri itu tidak dibenarkan menggunakan komputer riba atau mengakses internet semasa mengikuti kursus di Penjara Kajang.

“Najib kini mengisi masa dengan menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah.

“Di Penjara Kajang, malah ada yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana dan PhD. Ramai orang tidak tahu perkara ini,” katanya kepada akhbar harian berbahasa Cina Sin Chew Daily dalam temu bual eksklusif.

Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos apabila panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, denda RM210 juta dan hukuman penjara 12 tahun kerana menyelewengkan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Saifuddin juga menjawab pertanyaan daripada akhbar itu mengenai bekas ahli Parlimen Pekan itu yang aktif di media sosial.

“Beliau secara fizikalnya dipenjarakan di Kajang, tetapi beliau mempunyai pasukan media sendiri. Saya diberitahu mereka mempunyai nama pengguna dan kata laluannya dan mereka boleh menyiarkan buah fikirannya di media sosial.

“Tetapi sama ada beliau mempunyai akses kepada mana-mana gajet, jawapannya adalah tidak. Ambil terus daripada saya, individu paling berwibawa dalam hal ini,” katanya yang dipetik dalam laporan itu.

Saifuddin berkata Najib mengeluarkan kenyataan dari penjara adalah sama seperti Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Beliau maklum kenyataan spontan Anwar di mahkamah atau nota digunakan di media sosial. – 8 Mac, 2023.

INI PEKARA

BETUL YANG

DIBUAT NAJIB

AMIN

PENJARA WAJIB

BERI RUANG

UNTUK NAJIB

BELAJAR

AMIN

MUNGKIN BOLEH

TULIS BUKU

TENTANG  1MDB

ATAU

MENULIS NOBEL

KERANA 12 TAHUN

MASA LAMA

AMIN

12 KALI BELI

KASUT BARU

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aiseh no hal ada bro join dia skali..moohee