Khamis, 6 April 2023

BAZAR BUKAN BAZIR



Bazar Ramadan hasilkan 4.6 juta tan sisa makanan sehari, kata SWCorp

LEBIHAN makanan dari bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh memberi makan kepada kira-kira 40,000 setiap hari, kata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan.

Pengarahnya Ummi Kalthum Shuib dilapor media berkata sekitar 47.6 tan makanan terbuang sehari sepanjang Ramadan.

Jumlah itu katanya boleh memberi makan kepada 39,675 orang, katanya dipetik New Straits Times.

Menurut beliau kajian SWCorp mendapati secara puratanya sebanyak 52.9 tan sisa dihasilkan daripada 5,694 lot perniagaan dibuang setiap hari di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan 90% daripada jumlah itu adalah sisa makanan.

Ummi Kalthum berkata sebahagian besar sisa – purata 49.8 tan – dihasilkan daripada bazar makanan di Kuala Lumpur.

Dan setiap gerai menghasilkan purata 9.5kg sisa, tambahnya.

Jelasnya, ini bermakna 434 gerai di bazar Ramadan di Putrajaya menghasilkan kira-kira 3.2 tan sisa atau purata 7.3kg bagi setiap lot sehari.

Katanya lagi, 81% daripada peniaga mendakwa sisa makanan dikitar semula, manakala 16% berkata lebihan makanan dijual semula. Bagaimanapun tiada bukti yang menyokong dakwaan peniaga-peniaga ini, kata Ummi Kalthum.

“Kira-kira 47% mendakwa mereka buang kurang daripada 1kg makanan, manakala 8% berkata mereka buang lebih daripada 1kg.

“Jumlah itu agak tinggi. Kami mahu mencapai sasaran sifar sisa makanan tetapi itu agak mustahil,” katanya dipetik New Straits Times.

Beliau berkata sikap peniaga yang tidak merancang dengan betul menyebabkan banyak makanan terbuang. – 6 April 2023. 

WOIT

BAZAR RAMADAN

DAH JADI

BAZIR RAMADAN

AMIN

SILA SEDAR

BULAN PUASA

MATA LEBIH

LAPAR DARI PERUT

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah dah macam bijik kelentit...

Hakim Nazlan Ghazali didapati melanggar etika semasa mengetuai kes SRC International Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Nazlan menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes itu.

Dah tahu itu salah ini salah SPRM kata salah menteri undang undang kata salah tunggu apa lagi heret Dan ambil lah tindakan sewajarnya.. macam bijik kelentit sistem keadilan kat Malaysia ni