Jumaat, 14 April 2023

MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB



Anwar akan hilang jawatan PM jika tidak bantu pengampunan Najib, kata penganalisis

Penganalisis percaya “ganjaran” politik selepas pembentukan kerajaan campuran pada November lalu masih belum tamat dengan lebih banyak lantikan bakal menyusul.

Bagaimanapun, kebimbangan utama kini tertumpu kepada “ganjaran” berbentuk campur tangan kes mahkamah libat individu berkepentingan dalam kestabilan kerajaan semasa.

Profesor sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Ahmad Atory Hussain berkata tidak dinafikan pemberian ganjaran atau balasan politik sudah menjadi amalan lazim untuk balas budi kepada rakan-rakan sekutu dan pemimpin politik yang berjaya bantu menaikkan seseorang menjadi perdana menteri atau menteri.

Katanya, amalan dan pemberian jawatan-jawatan dalam kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), duta dan senator tidak mendatangkan risiko besar jika ianya diberikan kepada individu dari parti politik yang menyokong kepimpinan kerajaan.

Kritikan umum biasanya mungkin berbunyi seperti kerajaan membuang duit kerana melantik individu-individu tersebut, bertindak pilih kasih atau tidak layak memegang jawatan yang diberikan.

“Tapi pemberian-pemberian itu biasanya tidak melibatkan (kes) integriti dan kes jenayah.

“Yang boleh mendatangkan risiko ialah apabila ganjaran itu berbentuk kes mahkamah. Itu dianggap bertahap gaban (gila) atau paling tinggi sekali.

“Kesannya sangat besar hingga boleh jatuhkan pemimpin itu,” katanya kepada MalaysiaNow.

Kenyataan Atory selari dengan pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau berada dalam Lembaga Pengampunan bagi memutuskan pengampunan kepada Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Anwar menegaskan kuasa memberi keampunan tertakluk kepada bidang kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Saya akan menjadi sebahagian daripada proses itu, dan mengenai perkara penganugerahan gelaran kebesaran dan pengampunan, ia adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada 8 April lalu.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Anthony Loke menegaskan isu pengampunan diraja Najib bukan pendirian kerajaan kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, Atory pula melihat proses itu boleh menimbulkan persepsi kepada Anwar yang sebelum ini sudahpun diketahui mempunyai pakatan rahsia dengan Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya menjadi perdana menteri pada Oktober, tahun 2020.

“Sebab itu, PM8 dan PM9 sedaya upaya cuba mengelak untuk memberikan atau campur tangan dalam kes mahkamah yang melibatkan Najib dan Zahid.

“Kesannya kedua-dua PM itu ditumbangkan oleh pihak yang tidak ditolong itu iaitu Umno melalui langkah tarik sokongan 15 ahli Parlimen Umno pada pemerintahan PM8 dan melalui pembubaran Parlimen pada pemerintahan PM9.

“Sungguh tragik. Kesian mereka yang tidak ada salah apa pun,” katanya merujuk kepada kronologi pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Tapi kedua-dua PM itu tetap dipuji kerana pertahankan maruah dan prinsip. Biarlah hilang jawatan asalkan tidak menanggung beban kutukan rakyat.”

Mengulas lanjut, Atory menyifatkan perkembangan politik dan kes mahkamah libat ahli-ahli politik sebagai permainan dan sandiwara politik yang dahsyat pada ketika ini sedang berlaku di Malaysia.

Rakyat perhati janji Anwar

Dalam pada itu, penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Najib dan sesiapa sahaja berhak untuk mengajukan permohonan pengampunan terhadap kes-kes mahkamah dan sabitan hukuman.

Beliau menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah bidang kuasa Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Anwar tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa perkara atas kapasiti peribadi.

“Semua saranan yang diberikan adalah secara konsensus dan bersama,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, Atory yakin rakyat kini sedang menunggu apakah Anwar akan menunaikan janji rahsianya itu?

Tambahnya, ianya tidak menjadi masalah besar hanya dengan memberi jawatan timbalan perdana menteri dan memulangkan kembali pasport antarabangsa.

“Tapi, jika Anwar bertindak sama seperti Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri tempoh lalu iaitu enggan atau tidak mahu turut ikut campur hal kes mahkamah mereka ini maka kesannya dijangka Umno akan bertindak balas dengan menarik sokongan kepada PM10.

“Maka kesan dominonya ialah peletakan jawatan Anwar sebagai PM10 atau pembubaran Parlimen.”

Tambahnya, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat itu bermakna seluruh rakyat perlu keluar mengundi sekali lagi serentak dengan pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada Jun nanti.

“Kalau Agong pilih PM baru, maka dijangka Zahid yang sekarang ini TPM akan berpeluang diangkat jadi PM ke-11 menggantikan Anwar. Hebatkan perancangan dia?

“Tapi ikut pendapat netizen dan penganalisis politik, Anwar akan pilih pembubaran Parlimen untuk mencuba nasib dia, mana tahu Pakatan Harapan akan jadi pemerintah seperti tahun 2018 yang lalu,” katanya.

MEMIKUL KAVADI

KERANA NIAT

DAN JANJI

AMIN

ANWAR MEMIKUL

KAVADI BERNAMA

NAJIB

KHALAS

Tiada ulasan: