Selasa, 4 April 2023

TRUMP DI DAKWA



TRUMP 

AKAN DI DAKWA


Trump akan di dakwa  pada Selasa 4 April 2023 di Mahkamah New York. Ini Induk berita semua akhbar di Amerika.  Media cetak dan elektronik  seluruh dunia heboh dengan berita ini.

Kita di Malaysia heboh membaca berita ini pada hari  April Fool 1 April 2023. Tapi ini bukan berita  lawak April Fool. Ini berita sahih.

Pejabat NYPD – New  York Police Department – telah menghubungi peguam Trump untuk menyampaikan berita ini. Peguam telah menyampaikan berita ini kepada Trump di Mar-a-Lago  tempat kediaman resmi Trump di Florida.

Berita bekas Presiden Amerika ke 45 yang  akan didakwa memeranjatkan warga Amerika. Malah warga dunia juga sama terperanjat.

Tidak pernah dalam  200 tahun sejarah Amerika seorang bekas Presiden di dakwa dengan kes jenayah.

“They only brought this Fake, Corrupt, and Disgraceful Charge against me because I stand with the American People, and they know that I cannot get a fair trial in New York!” Trump said on Thursday evening. 

‘ Mereka membuat  tuduhan palsu.... memalukan.... kerana saya berdiri bersama rakyat Amerika..... mereka tahu saya tidak akan mendapat keadilan di mahkamah New York....’ Ini jawapan Trump.

Ini petikan laporan akhbar The Guardian pada Sabtu 1 April 2023.
Siapa mereka yang dimaksudkan oleh Trump ini ? Apa di belakang dakwaan ini?

Trump akan di hadapkan dengan beberapa tuduhan jenayah, satu tuduhan sivil, tuduhan yang bersangkutan dengan dirinya dan perniagaannya.

Trump juga akan didakwa mengambil beberapa surat resmi kerajaan yang berstatus rahsia dan membawa pulang ke Mar-a-Lago.

Untuk sensasi media Trump juga akan didakwa gagal melaporkan akaun tepat dalam kempen 2016. Kes duit tutup mulut  sebanyak $130,000 dolar telah dibayar oleh Trump  kepada Stormy Daniels melalui peguam Trump.

Puan Daniels ini gadis  cun  lagi bergetah  dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan Trump.  Mengadakan hubungan sulit   bukan satu kesalahan. Ini bukan satu  jenayah.

Yang menjadi isu ialah Si Minah Stormy Daniels yang cun ini pelakon filem lucah. 

Bila nama Trump naik untuk menjadi calon Parti Republikan media Amerika telah mencium hubungan Trump dengan Minah ini. Media anti-Trump mahu  mencari Daniels. 

Babak Trump melanggan pelacur ini ingin dijadikan berita sensasi untuk memburukkan nama Trump agak kalah untuk jadi Presiden Amerika.

Maka  duit 130,000 dolar  bertukar tangan. Minah cun ini dibayar  agar  menutup mulut jangan  bercakap  dengan media.

Dari segi fakta tuduhan jenayah yang dilakukan oleh Trump ini telah juga pernah dilakukan oleh musuh politik Trump. Melanggan atau mengadakan hubungan sulit dengan perempuan selain dari isteri bukan satu yang baru di Amerika.

Satu Amerika dan dunia tahu John F Kennedy melanggan bintang filem Merilyn Monroe sebagai gundik.

Jadi apa yang berlainan ?

Trump menjadi sasaran kerana cakap Trump dan suara Trump yang penuh  retorik. Trump secara terbuka  telah berani menolak  Kesepakatan Washington.

Apa dia Kesepakatan Washington ini ?

 Washington sama ada di bawah Demokrat  atau Republikan semua bersepakat mengamal  dasar ekonomi neo-liberal pasaran bebas, dan perniagaan bebas.  Pasaran bebas kapitalis  adalah ideologi dan dasar induk  Washington untuk  mengawal dunia yang ditakrif sebagai  empire Amerika.

Trump secara berani telah memperlekeh  ideologi yang menjadi teras Amerika. Trump telah memberi galakan kepada penyokong untuk mempertikaikan sistem  dua parti politik  Amerika.

Budaya dan sistem dua parti politik ini adalah kunci sistem politik Amerika. Trump memperlekeh sistem ini. Ini belum pernah berlaku.

Rakyat Amerika dan rakyat dunia tahu bahawa sistem dua parti ini adalah sistem lawak lagi komidi. Tidak ada perbezaan hakiki yang membezakan  sistem politik dua parti.

Ini hujah dari kaum intelektual, kaum kiri dan gulungan  progresif yang  melihat dengan jelas  dan kritikal  terhadap  sistem dua parti politik ini.

Sistem pemilihan Presiden  di Amerika ini sama seperti  memilih Coca Cola atau memilih Pepsi Cola. Trump mengabsah dan mengporak perandakan  kewujudan sistem  yang selama ini  mengkhayalkan warga Amerika.

Trump telah menaikkan semangat penyokongnya untuk menyerang segala  jentera dan kaki tangan daulah bila Trump mengisytihar bahawa kemenangan  Presiden Biden pada tahun 2020 dengan undi tipu.

Ketika menjadi Presiden Trump secara terbuka telah menyelar stesen tv CNN sebagai stesen menipu. Juga memperlekeh media arus perdana yang lain sebagai sampah.  

Cakap kasar dari mulut Trump ini menakutkan elit politik dan elit ekonomi Amerika. Elit dan kelas pemerintah melihat Trump telah berjaya menaikkan semangat satu kumpulan masyarakat Amerika yang dipanggil oleh Hillary Clinton sebagai ‘ deplorables  atau  Mat Lekeh.
Kumpulan Mat Lekeh amat besar.  Mereka terdiri dari penganut   Kristian berkulit putih,  kelas pekerja yang tercicir dan tenggelam dalam  arus ekonomi kapitalis.

Rata-rata mereka tidak puas hati terhadap Rumah Putih . 

Trump dalam kempen tahun 2016 telah berkata yang dia akan membersihkan sampah dan bangkai yang bersepah-sepah di Washington. Trump berjanji akan ‘ clean up  the swamp in Washington ... kulimbah  Washington akan dibersihkan.

Trump secara jujur telah mempertikaikan kenapa perlu soldadu Amerika berada  di Afghanistan. Trump juga tidak menyokong langkah Joe Biden untuk membantu Ukraine yang kini berperang dengan Rusia.  

M alah Trump telah berkata jika dia menjadi Presiden maka dia akan menamatkan perang Ukraine.

Dasar Trump yang tidak bersetuju menyokong Ukraine mendorong media  arus  perdana Amerika telah melabelkan Trump sebagai  tali barut Rusia dan penjilat Vladimir Putin.

Paling memeranjatkan  - ketika menjadi Presiden Trump telah mempersoalkan  NATO. Trump melihat bahawa NATO ini membazir dan mahu negara anggota NATO seperti German dan Perancis  mengeluarkan dana yang lebih untuk menampung belanjawan NATO.

Kenyataan Trump ini menakutkan elit politik dan industri senjata. NATO selama ini adalah benteng imperialisma Amerika. Perjanjian persenjataan 30 buah negara NATO dari Amerika Utara dan Eropah  adalah asas sistem ekonomi  perniagaan bebas yang menjadi nafas kapitalisma. 

Bala tentera Amerika  berselirat dalam dunia  ada atas  nama NATO. Bala tentera  ini wujud siapa seaga untuk mempertahankan sistem kapitalisma perniagaan bebas dari serangan sistem sosialis dan komunis.

Bila  Trump mempersoalkan wujudiah NATO , walau  pun hanya retorik – ini menakutkan.  Kesepakatan Washington menjadi huru hara.

Justeru elit politik, elit ekonomi, pemilik media, pemilik media sosial , industri senjata bersama dengan deep state – daulah terpendam telah  , sedang   merancang untuk memastikan Trump tidak akan menjadi calon Presiden parti Republikan pada  pemilihan Presiden tahun 2024.

Jika Trump bertanding  dan menentang Joe Biden jawapannya amat jelas  Biden akan kalah teruk. 

Untuk elit politik dan elit ekonomi – jika calon Republikan menang tahun 2024 akan diterima dengan tangan terbuka dan bersuykur. Asalkan bukan Trump.

Satu perkara  yang perlu diberi perhatian ialah suara Trump ini adalah suara rakyat tertindas.  Para penyokong Trump yang datang menyerang  bangunan Capitol pada Rabu 6 Januari 2021 adalah manifestasi  dari  kempen MAGA ( Make America Great Again ).

Kempen MAGA menyengat.

Kumpulan dan rakyat Amerika yang menyokong Trump  memiliki faham kanan. Mereka menentang pendatang haram  yang cuba masuk ke Amerika. Mereka menolak hak wanita  menggugurkan janin. Mereka menentang LGBT.

Penganut fahaman kanan ini melihat Trump sebagai wakil mereka. Mereka mengangap pemilihan Joe Biden satu penipuan. Untuk pertama kalinya bekas seorang Presiden Amerika mempertikaikan sistem pilihanraya Presiden Amerika..

Penipuan dalam pilihanraya yang ditimbulkan oleh Trump ini menjadi  perbualan nasional di Amerika. Ini dilihat  oleh elit politik dan elit ekonomi sebagai bahaya.

Elit politik , elit ekonomi dan daulah terpendam  tidak ada masalah menerima tindakan Trump memberi arahan membunuh pemimpin tentera Iran  Major  Jeneral Qasem Soleimani  pada 3 Januari 2020.

Ini sama seperti tindakan Obama membunuh  Anwar al- Awlaqi  seorang Imam warga Amerika di Yaman dengan drone pada 30 September 2011

Perbuatan jenayah antarabangsa Trump ini dialu-alukan. Jenayah seperti ini dilihat sebagai bersama dalam Kesepakatan Washington.

Di balai NYPD  muka Trump akan dipotret sebagai penjenayah. Chap jari Trump jari akan diambil. Trump tidak akan digari kerana Trump bersetuju datang ke balai.

Dunia akan diberi tahu lebih perinci tentang dakwaan   dan bentuk kes jenayah. Perbicaraan mungkin dilambatkan agar Trump tidak bertanding. Bila  perbicaraan akan bermula kita juga pasti akan mendengar banyak lagi komen dan kenyataan Trump yang akan menggoncang  sistem politik Amerika.

Apakah projek  menghalang Trump dari menjadi calon Parti Republikan pada 2024 ini  akan berjaya. Dari apa yang berlaku sekarang  Trump sudah pun secara terbuka menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi.

Dari laporan media kita dapat membaca bahawa garis politik  arus kanan MAGA yang dilaungkan oleh Trump amat popular. Patriotisma a la Trump ini amat popular.

Dalam masa yang sama arus politik kanan ini sedang mengampuh ke seluruh dunia.(TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/436344



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan salah kaji...

Trump umpama Abe Lincoln Dan JFK...

Abe Lincoln Dan JFK sangat menakutkan global Elit..

Trump menakutkan Rothchild Dan Rockefeller global Elit...

Sokong Trump bermakna lawan Rothchild Rockefeller Dan global Elit..

Ngaji Le lebih skett.. setakat memantat dengan porn star tu USA tu freedom country..!!

Tanpa Nama berkata...

Now that we have the precedent set to arrest a former President - The boomerang is on deck and will be delivered. [They] have opened Pandora’s Box, and in doing so [they] have galvanized and strengthened Trump’s support beyond belief.

Play with the bull, get the horns. Watch how this unfolds and get ready to see Trump give it back to [them] 10x harder.

https://t.me/WeTheMedia/85724?single

~~~~
With all that’s going on - remember that it is Holy Week. I hope that timing isn’t lost on us.

Good vs Evil
Biblical times
Divine timing

God wins.

@RedPillPharmacist

https://t.me/WeTheMedia/85717

Nota: untuk makluman, minggu ini, dari Ahad yg lepas, hingga Ahad akan datang adalah Minggu Kudus, Minggu Suci, Minggu Prapaska, Holy Week, utk umat Kristian. Minggu ini, bacaan harian dari kitab mencerminkan the Suffering Servant, di mana Yesus melalui pengakuan diri nya sebagai Prophet, King dan Priest, melalui sengsara, wafat dan bangkit hidup semula,. Yesus sebagai ketua turus bala memenangi terhadap kematian.

abuqassim berkata...

Trump nk jd cm Theodore Roosevelt..