Jumaat, 5 Mei 2023

AWAS !!! MAT KOBID MASIH MENYERANG


Jumlah kes Covid-19 meningkat 3% minggu lepas 

JUMLAH kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 hingga 29 April 2023, meningkat sebanyak 3% iaitu daripada 4,817 kes pada minggu sebelumnya kepada 4,963 kes, berikutan musim perayaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan data daripada Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) Kementerian Kesihatan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam turut meningkat daripada 4.8% bagi setiap 100,000 populasi pada ME sebelumnya kepada 5.8% pada ME-17.

“Pesakit kategori satu dan dua meningkat daripada 1.4% kepada 1.8%, manakala pesakit kategori tiga, empat dan 5  meningkat daripada 1.3% kepada 2.0%.

“Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 juga bertambah sebanyak 3.0% bagi bukan kritikal dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat 0.2%,” katanya.

Katanya majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.

Menurutnya keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia juga masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.

Pada masa yang sama, KKM menjangkakan kemungkinan berlaku sedikit peningkatan kes Covid-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan sanak saudara dan sahabat handai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak lalu.

Justeru, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.

Bagi mengawal jangkitan Covid-19 berikutan sesi persekolahan yang telah bermula pada minggu ini, KKM turut menasihati pelajar, guru dan kakitangan untuk mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan. – Bernama, 5 Mei, 2023.

BERHATI HATI

MASIH GUNAKAN

C.U.S

AMIN

CARA UNTUK

SELAMAT

KHALAS

Tiada ulasan: