Rabu, 31 Mei 2023

BERITA PELIK - KAWAN. JO LO



Pengebumian saksi kes 1MDB secara tertutup

MAJLIS pengebumian Kee Kok Thiam, sekutu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah satu “urusan kecil peribadi” dengan hanya beberapa ahli keluarga hadir.

Majlis penghormatan terakhir berlangsung di rumah urus mayat di Jinjang, Kuala Lumpur.

Upacara terakhir dan pembakaran mayatnya diadakan kemudian di Krematorium Kepong, yang dihadiri kurang daripada 30 orang.

Keluarganya mahukan privasi mutlak bagi majlis itu sekali gus menolak sebarang liputan media.

Mereka juga meminta ahli media supaya segera memadamkan rakaman dan gambar pengebumian itu.

Awal hari ini, peguam keluarga itu berkata Kee meninggal dunia secara mengejut selepas diserang strok.

Kee, yang pulang ke Malaysia tiga minggu lalu, meninggal dunia pada 29 Mei di hospital.

Beliau ditahan pada awal pagi 3 Mei oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lelaki berusia 56 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sumber SPRM berkata Kee didakwa sebagai orang kanan Jho Low dan berada dalam buruan sejak 2018.

Agensi antirasuah merekodkan kenyataannya selain menggeledah rumahnya.

Kee dibebaskan selepas memberi keterangan dengan pegawai SPRM dan badan pencegah rasuah itu berkata tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya “pada masa ini”.

Sumber SPRM dilaporkan berkata walaupun Kee sudah meninggal dunia, siasatan agensi antirasuah terhadap ahli perniagaan itu masih diteruskan. – 31 Mei, 2023.

BERITA SEPERTI

INI TAMBAH LIGAT

SPEKULASI

AMIN

PASAI APA

MACAM INI ?

AMIN

BERITA PELIK

INI TIMBULKAN

SPEKULASI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke dah mati tu...!?

Queen mati pun tak macam tu pun

Apa istemewa mayat tu...