Rabu, 31 Mei 2023

ZAHID BUAT LAWAK BERDIRI



Kes salah laku boleh jejas imej, kementerian, kata Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid yang juga Menteri kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu.

Beliau berkata salah laku sedemikian perlu dielak daripada berulang kerana KKDW merupakan sebuah agensi yang dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar.

“Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif… soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di Putrajaya hari ini.

Sabtu lepas media melaporkan mengenai penahanan penolong akauntan Kesedar, sebuah agensi di bawah KKDW bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 hingga Mei 2023 melibatkan 194 transaksi wang daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat milik suspek yang secara keseluruhan berjumlah RM24,800,189.73.

Memuji pencapaian sejak beliau menerajui kementerian itu tujuh bulan lepas, Ahmad Zahid berkata momentum itu perlu dikekal dan ditambah baik bagi memastikan KKDW antara yang terbaik dalam kalangan semua kementerian.

“Saya berharap saudara dan saudari di KKDW akan terus mengekalkan budaya dan momentum kecemerlangan bagi memastikan KKDW terus cemerlang serta menjadi pemacu perubahan dalam memajukan masyarakat di desa,” katanya.

Bagi melahirkan kakitangan berprestasi tinggi Ahmad Zahid mahu kakitangan yang cemerlang membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah agar mereka boleh mencontohi amalan kerja dan ciri-ciri yang baik dalam menjalankan tugasan masing-masing.

“Pendekatan yang boleh diambil ialah kaedah pementoran serta bimbingan daripada penyelia, ketua jabatan dan pegawai berprestasi tinggi dalam organisasi,” katanya. – Bernama, 30 Mei, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

ZAHID BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: