Khamis, 22 Jun 2023

BIAWAK MATI BIAWAK HDUP


Dituduh ‘biawak hidup’, MCA mahu Lokman minta maaf secara terbuka

KUALA LUMPUR – MCA kecewa dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam di mana beliau telah melabelkan parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC kononya sebagai “biawak hidup”.

Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan menyifatkan kenyataan sebegini sebagai amat sombong, dan tidak selari dengan semangat Barisan Nasional yang dipegang semua parti komponen sejak zaman kemerdekaan lagi.

Tegasnya, fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Lokman dalam satu wawancara telah mencemarkan integriti dan imej MCA dan MIC di kalangan umum.

Lantaran itu, MCA menggesa supaya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN supaya meminta Lokman memohon maaf secara terbuka.

Beliau mengulas dakwaan Lokman bahawa UMNO seperti memikul biawak hidup komponennya seperti MCA dan MIC termasuk parti-parti yang tidak menyumbang kepada kemenangan BN sejak kebelakangan ini.

Mike berkata, antara punca MCA dan MIC telah gagal menarik sokongan kerana wujudnya segelintir pemimpin UMNO yang kurang matang dan tidak bertanggungjawab seperti Lokman yang bukan sahaja memperlekehkan kerjasama dan hubungan utuh antara komponen BN, tetapi juga sering membuat kenyataan yang tidak diterima baik oleh masyarakat umum sehingga menyebabkan pengundi menolak BN sejak beberapa pilihan raya yang lalu.

“Memandangkan Lokman  telah menyatakan secara terang pandangan beliau terhadap MCA dan MIC, oleh itu di dalam semangat demokrasi beliau dipelawa memohon kepada parti beliau untuk menarik diri daripada BN dan menyertai gabungan Pakatan Harapan secara rasmi,” ujarnya.

Tambah Mike, MCA sentiasa menjunjung semangat BN sejak zaman kemerdekaan lagi, bersama-sama dengan rakan seperjuangan kami dalam UMNO dan MIC biar apa jua halangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang masa ini.

Tegas beliau, semangat kekeluargaan antara parti inilah yang membolehkan Perikatan, dan kemudiannya Barisan Nasional, dapat mengharungi segala cabaran sehingga hari ini,” ujarnya, – 

WOIT

APA BEZA MEMIKUL

BIAWAK HIDUP

DENGAN

BEWOK MATI 

KAH KAH KAH

MCA & MIC

JANGAN AMBIL

PEDULI KATA KATA

LOKMAN ADAM

YANG SENTIASA

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

PAKATAN LAGI

BERAT PIKUL KAVADI

MUNGKIN BAWA

KALAH DI PRN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejak Hisapudin bawa keluar keris Panglima kaum lain sudah benci UMNO, ini hakikat, konon nak jadi hero orang Melayu Isle tapi bawa lingkup hegemony UMNO sejak Merdeka pada 2008, kah kah kah memang lah Lobakman cakap begitu, frust kerana Hamidi lupakan Bossku, kah kah sebenarnya Melayu sudah pecah dari asal usual UMNO kepada semangat 46, PKR, Bersatu PAS Pejuang Kimmw Kumon semua lah, konsep pecah perintahan dahulu tak boleh pakai lagi, Lobakman tak faham kerana keliling dia masih yes man semua.kah kah kah, anak kita Umur 18 tahun belum tentu undi parti bapak dia tahu lagi orang Melayu moden sekaranglah kah kah kah susah kalau bodoh lagi susah ajar orang pandai lah lah kah masuk kubur pun masih harap jawatan kuasa kampung kah kah kah