Khamis, 1 Jun 2023

MELAYU BUKAN ARAB


Pakatan tidak sesuai jadi kerajaan kerana dikuasai bukan Melayu, kata Hadi Awang

PAKATAN Harapan (PH) tidak sesuai jadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai parti bukan Islam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Katanya, kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

“PH ini tak ada harapan sebab kedudukannya sangat lemah. Parti terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah PN, iaitu PAS dapat 43 kerusi, Bersatu 34 kerusi.

“Manakala DAP dapat 49 kerusi, PKR pula 39 kerusi, 11 daripadanya bukan Melayu. Jadi kalau campur PH sebenarnya didominasi bukan Islam.

“Ia satu pakatan yang tak sesuai dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya Melayu Islam,” katanya pada sidang media selepas program Majlis Persidangan Antarabangsa di Kuala Terengganu, hari ini.

Hadi mengulas kenyataannya sebelum ini mengenai tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Mempertahankan kenyataannya, Hadi berkata tawaran itu datang padanya selepas PRU15 dan bukannya baru-baru ini.

Namun Hadi mendakwa, sebagai parti yang mempunyai kekuatan sokongan pengundi Melayu dan beragama Islam terbesar, beliau sering didatangi broker politik yang membuat tawaran kerjasama.

“Memang banyak broker politik datang, dari dalam negara dan luar negara pun ada. Tapi mereka tak nak mengaku.

“Dan saya tolak broker politik luar ini sebab mereka tak faham dasar negara kita yang majoritinya Melayu Islam,” katanya.

Hadi berkata pada masa ini hanya Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai kekuatan politik.

“PAS sangat fleksibel untuk bekerjasama asal dasarnya Malaysia perlu dipimpin Melayu Islam, tak boleh bukan Islam.

“Sedangkan dia (PH) mereka buat konsep Malaysian Malaysia… konsep ini sangat bercanggah dengan prinsip PAS,” katanya.

Penganalisis politik sebelum ini berkata tanpa tunjang sebuah parti Melayu, pentadbiran kerajaan tidak akan stabil kerana majoriti penduduk di negara ini terdiri daripada orang Melayu.

Mereka berkata sebelum ini Umno yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu memberikan kestabilan kepada pentadbiran kerajaan.

Namun parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu, termasuk pada PRU15 tahun lalu.

Anggaran penduduk semasa Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada Julai 2022 menunjukkan Melayu berjumlah 57.7%, Cina 22.8%, Bumiputera 12.2% sementara India 6.6%.

Statistik itu juga menunjukkan peningkatan jumlah penduduk Bumiputera sementara penduduk Cina dan India menurun.

Selepas PRU15, PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN dan parti di Sabah dan Sarawak.

Gabungan itu bagaimanapun dilihat tidak mempunyai dukungan majoriti Melayu yang kini dikuasai pembangkang Bersatu dan PAS dalam PN. – 1 Jun, 2023.

WOIT

SAPA JADI

KERAJAAN 

BERGANTUNG

PADA 

SOKONGAN MELAYU

AMIN

BERANTUNG PADA

RAJA RAJA

MELAYU

AMIN

KALAU PAS

TERUS TALIBAN

AMIN

GANGGU  CARA

HIDUP MELAYU

AMIN

PAKSA MELAYU

JADI ARAB

PAS AKAN

DITOLAK 

OLEH MELAYU

OLEH RAJA RAJA

MELAYU

AMIN

MELAYU INI MELAYU

MELAYU BUKAN ARAB

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Senang saja Hj Hadi Awang budiman, atur tiket ke syurga dan neraka kepada perasuah pencuri perogol pembohong? Berapa ayat sudah guna untuk mereka berbanding dengan ayat politi8petik sini petik sana kah kah cermin diri dulu woit, sudah bertongkat tapi perangai masih sama macam unta kah kah kah