Selasa, 15 Ogos 2023

MB PERAK NAFIKAN CAMPUR TANGAN LANTIKAN MB N9


Saarani nafi keluar kenyataan berhubung pelantikan MB Negeri Sembilan 



Ada pihak cuba gugat kestabilan kerajaan Negeri Sembilan, titah Tuanku Muhriz

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam bertitah terdapat pihak cuba menggugat kestabilan kerajaan pada penggal lepas tanpa sebarang sebab yang munasabah sebaliknya hanya bermotifkan kepentingan peribadi.

“Sedarlah bahawa tindakan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah ia menyebabkan pentadbiran negeri terjejas dan rakyat menjadi mangsa.

“Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan.

“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Adun Sikamat  Aminuddin Harun di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah semalam.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.

“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Adun dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas.

“Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz turut memuji kerajaan Negeri Sembilan yang menambah baik kualiti pengurusan dan pentadbiran terutama daripada sudut integriti serta kecekapan.

Keputusan PRN di Negeri Sembilan menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 kerusi iaitu PH 17 kerusi dan BN 14 kerusi manakala pembangkang iaitu Perikatan Nasional sekadar memperoleh lima kerusi. – Bernama, 15 Ogos 2023.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN LUPA

CAR BACA

MEDIA KITA

KAH KAH KAH

APA MAKNA 

KALAU DI NAFI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: