Isnin, 14 Ogos 2023

MELAYU TOLAK DAP


Pengundi Melayu tolak UMNO kerana DAP – Penganalisis

ALOR SETAR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri semalam jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO dipercayai ekoran tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mesej yang sangat jelas dinyatakan oleh bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN) malah oleh majoriti pengundi Melayu yang kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersengkongkol dengan PH.

ADVERTISEMENT


“Penyokong dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH. Kita tidak boleh nafi hal ini.

“Malah apabila orang Melayu beralih undi kepada PN, ini juga memperlihatkan bahawa mereka tidak selesa untuk terus memilih UMNO yang berada dalam kerjasama politik melibatkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam PRN yang berakhir semalam, calon BN-UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.


Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu berpandangan tidak mustahil untuk UMNO terus ditolak oleh rakyat negara ini pada PRU akan datang sekiranya mereka terus kekal dalam kerajaan semasa.

“Saya berpandangan UMNO perlu lakukan sesuatu dengan drastik untuk mengembalikan kepercayan dan keyakinan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga ahlinya yang kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti tersebut

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertanggungjawab dengan kekalahan besar yang dihadapi oleh UMNO selepas mengalami keadaan sama lapan bulan lalu,” katanya.

Keputusan penuh PRN 2023 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat malam tadi mengesahkan Perikatan Nasional (PN) menang 146 kerusi berbanding Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (19 kerusi). – MalaysiaGazette

WOIT

ADA MELAYU

TAK UNDI BN

KERANA DAP

AMIN

ADA MELAYU

TAK UNDI PAKATAN

KERANA ANWAR

AMIN

ADA MELAYU

TAK UNDI UMNO

KERANA ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: