Jumaat, 27 Oktober 2023

MUSIM BANJIR BERMULA


Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat

JUMLAH mangsa banjir di Perak meningkat kepada 324 orang daripada 99 keluarga pagi ini berbanding 268 orang daripada 84 keluarga malam tadi dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu 207 mangsa daripada 66 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

“PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian mempunyai 41 mangsa daripada sembilan keluarga, manakala 76 mangsa membabitkan 20 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kerunai di daerah Hulu Perak,” menurut kenyataan itu.




166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah

SERAMAI 166 mangsa daripada 134 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah selepas kediaman mereka terjejas dengan banjir kilat yang berlaku sejak petang, semalam.

Daerah yang terlibat adalah Baling yang melibatkan seramai 159 mangsa daripada 131 keluarga dan Bandar Baharu yang melibatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata tiga PPS yang dibuka di Baling ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu,  SK Siong dan SK Parit Panjang.



40 TAHUN DULU

BANJIR HANYA

MUSIM TENGKUJUH

BULAN DISEMBER

DI KELANTAN

AMIN

KINI BANJIR

MELANDA

KESANA KE SINI

PANTAI TIMUR

PANTAI BARAT

AMIN

WASPADA 

BERSEDIA

IKLIM BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: