Ahad, 24 Disember 2023

KAJANG MENUNGGU !!!



SPRM siasat Daim atas dakwaan rasuah, ubah wang haram, kata laporan

DAIM Zainuddin disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan ke atas Menara Ilham yang dikatakan milik keluarga bekas menteri kewangan itu baru-baru ini, lapor Utusan Malaysia.

Laporan memetik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki menyebut bangunan itu disita bagi menyekat sebarang tindakan menjual, memindah hak milik atau melupus secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan.

Azam juga dilaporkan berkata tindakan SPRM itu tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya.


“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Bangunan Menara Ilham dikatakan dimiliki bekas Daim yang juga teman rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Channel News Asia (CNA), SPRM menyita bangunan pencakar langit itu selepas Daim yang juga tokoh korporat enggan mematuhi arahan untuk mengiytiharkan pegangan kewangan miliknya dan keluarganya.

Laporan memetik sumber yang rapat dengan Daim berkata, sitaan itu sebahagian daripada siasatan pengubahan wang haram bermula Mei lalu berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM). 

Utusan Malaysia juga melaporkan selain bangunan Menara Ilham, hartanah seperti hotel dan institusi perbankan dipercayai di luar negara yang mempunyai kaitan dengan Daim juga disiasat. – 24 Disember, 2023.

SIASAT TANGKAP

DAKWA

AMIN

JANGAN LUPA 

KES NAJIB

KES ROSMAH

KES ZAHID

KES ISA SAMAD

AMIN

KUMPULAKAN

SEMUA DALAM

SATU PENJARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: